Page 21 - Motivasi dan Emosi
P. 21
Motivasi dengan sikap,harapan dan aspirasi
Sikap,harapan (expectancy) dan aspirasi seseorang mempengaruhi motivasinya
Sikap terhadap sesuatu perkara dibentuk daripada kefahaman,perasaan dan
tindakan.
Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu perkara
contohnya pembelajaran akan mendorongkan motivasinya ke arah menjalankan
aktiviti pembelajaran secara aktif dan bermakna
Harapan seseorang merujuk kepada ramalannya yang subjektif,iaitu sama ada
berlaku atau tidak.
Sekiranya ramalan tidak selaras dengan pengalaman kognitifnya, perasaannya
akan mengalami keadaan ketidakseimbangan yang akan menimbulkan motivasi
untuk mengubah tigkah laku yang ditentukan dahulu
Tahap aspirasi seseorang merujuk kepada penilaian yang subjektif,iaitu setakat
mana objektif pencapaiannya ke atas sesuatu kerja atau tugasan yang dilakukan.