Page 163 - Saujana Pujangga 2022
P. 163
(kini NIE). Tidak dapat dinafikan, kehidupan beliau dipenuhi dengan pengalaman- pengalaman profesional yang mengukuhkan peranan beliau sebagai seorang penulis dan pemerhati masyarakat terulung.
Cikgu Suratman berpesan bahawa masyarakat Melayu/Islam di Singapura perlu memerangi tiga musuh utama mereka – kebodohan, penyakit dan kemalasan. Beliau menjelaskan bahawa sebahagian masyarakat kita kurang berpelajaran dan melakukan pekerjaan- pekerjaan yang bertaraf rendah. Untuk mengatasi hal ini, beliau mengesyorkan semua anggota masyarakat untuk meningkatkan pembacaan mereka kerana amalan membaca dapat membuka pintu ilmu. Beliau juga melahirkan harapan supaya masyarakat Singapura dapat merajinkan diri, sekali gus mengenyahkan bintik-bintik kemalasan yang mencemar diri kita.
Seterusnya, beliau mengungkapkan kekhuatiran mengenai tahap kesihatan masyarakat Melayu. Kini, sebahagian masyarakat Melayu/Islam terjebak dengan penyakit-penyakit yang berpanjangan. Oleh yang demikian, beliau menggalakkan kita
untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Hal ini bukanlah asing buat masyarakat kita. Kadar penghidap penyakit tiga serangkai iaitu penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi kian tinggi di Singapura. Tentunya, dengan penggemblengan tenaga pihak berkuasa dan rakyat, kita mampu memerangi masalah ini.
Sebagai mantan guru bahasa Melayu, Cikgu Suratman tentu sekali berasa bimbang apabila statistik daripada Banci Penduduk 2020 menunjukkan bahawa hanya 60.7% penduduk Melayu yang kerap bertutur dalam bahasa Melayu di rumah, berbanding 82.7% pada 2010. Meskipun beliau gembira kerana masyarakat Melayu kini lebih fasih berdwibahasa, beliau menegaskan bahawa bahasa Melayu tidak boleh diketepikan daripada kehidupan kita. Beliau juga melahirkan harapan agar semua anggota masyarakat Melayu/Islam dapat mengekalkan jati diri mereka dengan melestarikan adat-istiadat Melayu dan mengamalkan agama Islam. Sebagai penutup bicara, marilah kita merenungkan perihal berikut:
“Kalaulah orang Melayu hilang bahasa di negeri sendiri, alangkah malunya, malu sekali.” Semoga bahasa dan budaya Melayu kekal bersinar buat selama-lamanya.
ULASAN
Saujana Pujangga 2022 161