Page 162 - Saujana Pujangga 2022
P. 162

 ULASAN
MENGOPI BERSAMA PERMATA BANGSA: CIKGU SURATMAN MARKASAN
Muhammad Nabil Naqiuddin Bin Mohammad Iskandar Naim
RI
 Dalam rangka menyiapkan tugasan untuk subjek H3 saya yang berjudul “Melepaskan Belenggu: Permasalahan Sosiopolitik Masyarakat Melayu” dalam karya Suratman Markasan, saya sempat bertemu dengan sosok tubuh tokoh yang diperkatakan. Pertemuan kami diusahakan oleh Cikgu Sazali Sahri dalam keadaan santai, di sebuah kedai kopi di daerah Bukit Batok.
Kehadiran Cikgu Suratman Markasan yang bertongkat memberikan satu aura yang positif di kedai kopi tersebut. Beliau menyapa beberapa pelanggan yang dikenalinya, sebelum duduk bersama kami (saya dan Cikgu Sazali). Beliau merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam landskap bahasa, sastera
dan budaya Melayu tempatan. Meskipun usia beliau sudah pun mencecah 91 tahun, Cikgu Suratman terus bergiat aktif dalam dunia penulisan dengan menghasilkan karya-karya beliau hingga ke hari ini. Malah, percaya atau tidak, Cikgu Suratman masih lagi dalam proses menulis karya-karya baharu beliau!
Sedikit sebanyak mengenai Cikgu Suratman - beliau telah mula berkarya sejak 1950an. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada 1971 selepas meraih ijazah dari Universiti Nanyang (kini NTU). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahasa Melayu dan Tamil di Kementerian Pendidikan dan beliau juga pernah menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Singapura
160 Saujana Pujangga 2022


























































































   160   161   162   163   164