Page 160 - Saujana Pujangga 2022
P. 160

 ULASAN
mereka tetap kuat dengan pendirian mereka bahawa mereka lebih kuat, dan tiada sesiapa yang boleh mengubah nasib mereka.
Sesuai dengan latar masa, watak dan tempat, bahasa yang digunakan juga bertepatan dengannya. Misalnya, semasa adegan-adegan yang melibatkan orang-orang istana di Melaka seperti Laksamana Hang Tuah, Bendahara Tun Perak dan Sultan Mahmud Shah. Bahasa Istana digunakan secara meluas, terutama dari sudut kata ganti nama diri. Tamsilnya, penggunaan seperti “Beta” dan ”Baginda” untuk Raja dan “Patik” atau ”Hamba” untuk rakyat jelata. Gelaran khusus juga digunakan apabila berhadapan dengan Raja seperti “ampun tuanku beribu-ribu ampun”. Pertuturan rakyat dengan raja sering kali memasukkan pemulukan, iaitu perbuatan menyanjung dengan meletakkan raja pada taraf yang lebih tinggi dan pendinaan, merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja. Di Majapahit pula, bahasa Jawa digunakan seperti panggilan “Mbok” dan perbualan antara Gusti Putri dengan abangnya Gusti Adipati. Selain bahasa Istana dan bahasa Jawa, watak-watak juga menggunakan simpulan bahasa. Ini lebih jelas dilihat pada watak Bendahara yang sering menggunakan peribahasa seperti “menatang minyak yang penuh,” “menconteng arang ke muka” dan “rambut ditarik, tepung tak berselerak.” Yang jelas, cara mereka bertutur sering kali beralas dan menggunakan gambaran daripada alam sekeliling mereka. Tambahan pula, bahasa puisi dan berirama tatkala lagu Gusti Putri mahupun perbualan harian sesama watak-watak yang lain, dapat mengekalkan minat penonton dengan apa yang ingin diceritakan.
Antaranya, dalam syarat-syarat yang diberikan oleh Gusti Puteri kepada Sultan untuk Gusti menerima peminangannya, susunan kata yang
dikarang begitu indah, dan perlu ditafsirkan. Lihatlah keindahan bahasa ini:
Pertama – air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya: 7 tempayan air mata anak dara sunti
Kedua – pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya: 7 tempayan air pinang muda
Ketiga – merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya: 7 dulang hati hama/kuman
Keempat – terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya: 7 dulang hati nyamuk
Kelima - darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta – Jambatan perak dari Melaka ke Puncak Gunung Ledang
Keenam - darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta – Jambatan emas dari Melaka ke puncak gunung ledang
Ketujuh - darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil – semangkuk darah putera mahkota melaka Raja Ahmad.
Ternyata, bahasa memainkan peranan yang penting dalam mencerminkan perwatakan seseorang dan juga membentuk bagaimana para penonton dapat menghayati sebuah cerita dan latar masanya. Bahasa yang beralas menambah nilai estetika kepada filem ini kerana mengajak kita untuk mengupas makna di sebalik apa yang ingin disampaikan. Diperturunkan di sini beberapa sedutan skrip yang menarik dalam filem ini:
158 Saujana Pujangga 2022





















































































   158   159   160   161   162