Page 158 - Saujana Pujangga 2022
P. 158

 ULASAN
APRESIASI RINGKAS FILEM
PUTERI GUNUNG LEDANG (2004)
Mamat Khalid, Saw Teong Hin
RI
Filem epik ini berkisar pada percintaan terlarang antara dua insan daripada dua kerajaan besar di Nusantara. Percintaan antara Laksamana Hang Tuah (Kerajaan Melayu Melaka) dan Gusti Puteri (Kerajaan Majapahit) yang terkendala dengan kehendak Gusti Adipati untuk menikahkan adiknya (Gusti Puteri) dengan Sultan Mahmud untuk membentuk persekutuan dengan Melaka demi menjaga keharmonian dan kedamaian Majapahit daripada serangan Kerajaan Demak. Akibatnya, Laksamana Hang Tuah diletakkan dalam keadaan dilema – sama ada taat kepada Sultan, atau memburu cintanya.
Banyak persoalan yang dibangkitkan melalui filem ini. Antaranya, konflik antara kepentingan negara dengan percintaan. Hang Tuah dititahkan oleh Sultan Melaka untuk mengetuai utusan peminangan Gusti Putri. Walaupun Hang Tuah dan Gusti Putri menaruh perasaan cinta antara satu sama lain, Hang Tuah rela melupakan cintanya demi ketaatannya kepada Sultan Melaka. Penggadaian kedaulatan negara juga turut disentuh. Walaupun Gusti Adipati tidak berganjak dengan pendiriannya untuk menjual kedaulatan negara kepada kuasa luar, tetapi akhirnya, baginda tetap menawarkan Sultan Melaka berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri. Ini menunjukkan ironi sikap Gusti Adipati sebagai seorang pemimpin yang tidak teguh dengan pendiriannya.
Para penonton dapat meraih banyak pengajaran daripada filem ini. Antaranya ialah kita harus melaksanakan tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab. Ini serupa dengan apa yang dilaksanakan oleh Hang Tuah semasa dia memujuk Gusti Puteri untuk menerima lamaran Sultan Mahmud Shah. Seterusnya, kita juga boleh mengambil iktibar untuk tidak membalas dendam kepada orang lain sebagaimana Hang Tuah tidak membunuh Gusti Adipati selepas pertarungan mereka walaupun telah dituduh menggagalkan rencananya.
Watak-watak yang dipaparkan dalam filem ini pelbagai dan dinamik. Gusti Putri (Tiara Jacquelina) merupakan seorang yang optimistik - mengharapkan kehidupan masa depan yang bahagia bersama Hang Tuah. Demi
 156 Saujana Pujangga 2022

























































































   156   157   158   159   160