Page 156 - Saujana Pujangga 2022
P. 156

 ULASAN
KONGSI RAYA
Nailah Zakirah Asrin, Karima Nasha Kenchana, Syairrah Mohd Rozali, Pearl Insyirah Md Nur Mubbin dan Aida Cempaka Hanif
NJC
Filem Kongsi Raya telah ditayangkan di pawagam di Malaysia sekitar bulan Februari 2022. Kami, para Cendekia MLEP-NJC, telah diberikan kesempatan oleh guru kami, Cikgu Iryianna, untuk menontonnya di Sanggar Cendekia (bilik MLEP) kami.
Diarahkan oleh pengarah Malaysia, Teddy Chin yang sememangnya lantang dalam mengetengahkan isu-isu sensitif dalam filem-filemnya, Kongsi Raya mengisahkan rintangan-rintangan yang dihadapi oleh sepasang anak muda berlainan budaya yang dilamun cinta. Sungguhpun begitu, pengarahnya telah berjaya menyajikan kisah cinta ini dengan jayanya tanpa unsur-unsur melodramatik keterlaluan yang amat sinonim dengan filem-filem cinta. Kongsi Raya disulami dengan adegan-adegan lucu yang mencuit hati di samping babak-babak serius di mana isu perbezaan budaya mencetus ketegangan dalam hubungan pasangan muda itu.
Pasangan muda yang dipaparkan dalam Kongsi Raya ialah Sharifah (dilakonkan oleh pelakon muda Qasrina Karim yang amat anggun berhijab). Dia bertugas sebagai
seorang produser rancangan masakan di kaca televisyen di mana ayahnya, Cef Rahim (lakonan personaliti komedi terkenal Malaysia, Harith Iskander) merupakan Cef Selebritinya. Teman lelaki Sharifah pula ialah Jack (lakonan Wilson Lee), seorang cef muda yang bertugas di restoran Cina milik keluarganya dan bakal mewarisi restoran dan sekaligus meneruskan legasi bapanya, seorang cef masakan Cina yang terkenal.
Ketegangan mula timbul apabila hubungan cinta antara Sharifah dan Jack telah diketahui oleh keluarga kedua-dua pihak. Jika tentangan secara lazimnya datang daripada watak ibu, dalam filem Kongsi Raya pula, orang- orang yang menentang keras hubungan berbeza budaya itu merupakan watak ayah. Cef Rahim dan ayah Jack, Cef Long Feng (lakonan pelakon veteran Chew Kin Wah) telah bermusuhan. Cef Long Feng, yang lebih dikenali sebagai Abang Long dalam filem ini, menentang keras hubungan Jack dan Sharifah kerana mempunyai tanggapan bahawa beliau akan kehilangan anak tunggalnya, Jack, jika dia terpaksa ‘masuk Melayu’ kerana bernikah dengan Sharifah. Abang Long juga bimbang jika situasi itu berlaku, tiada sesiapa pun yang dapat meneruskan legasinya sebagai cef masakan Cina.
Ketika keadaan menjadi semakin runcing, Jack telah melarikan diri daripada keluarganya. Jack telah pergi ke rumah keluarga Sharifah dan atas dasar kasihan, Sharifah telah membenarkan Jack masuk ke dalam biliknya. Namun, ibu Sharifah, Sarah (lakonan pelakon tersohor Malaysia, Erra Fazira) yang terdengar suara Sharifah berbual dengan seseorang, telah mengetuk pintu bilik anaknya itu. Jack bergegas ke tandas di dalam bilik Sharifah untuk bersembunyi. Sharifah memaklumkan Sarah bahawa suara yang didengarinya itu merupakan perbualan di antara dirinya dengan Siti, rakan perempuannya yang kononnya ingin menumpang di rumah mereka kerana telah
 154 Saujana Pujangga 2022
























































































   154   155   156   157   158