Page 154 - Saujana Pujangga 2022
P. 154

 ULASAN
  FILEM MAT KILAU: KEBANKITAN PAHLAWAN Nur Shahriyah Fatin Binte Zixcon
JPJC
Filem yang berlatarbelakangkan tahun 1890- an di negeri Pahang menceritakan tentang pengorbanan dan keberanian seorang wira bernama Mat Kilau dan rakan-rakan sejatinya. Watak Mat Kilau dilakonkan oleh Dato’ Adi Putra sementara watak Wahid dilakonkan oleh Beto Kusyairy. Watak Awang pula dijayakan oleh Fattah Amin manakala watak Yassin dilakonkan oleh Johan As’ari.
Pada tahun tersebut, orang British menjajah Tanah Melayu kerana negara tersebut kaya dengan sumber-sumber asli. Mereka ingin mengaut keuntungan dan kekayaan ekonomi dari sumber asli yang wujud di bumi Melayu. Walaupun orang Inggeris menyatakan
bahawa mereka ingin menjaga kebajikan orang Melayu, perbuatan mereka tetap dianggap kejam. Perkara-perkara yang dilakukan termasuk mengenakan cukai yang amat tinggi dan mempergunakan orang kampung untuk mencari emas. Mat Kilau tidak sanggup melihat bangsanya menderita akibat perbuatan kejam orang-orang Inggeris. Beliau tegas mempertahankan tanah tumpah darahnya yang ingin dirampas oleh orang luar. Cerita ini turut menyelitkan kemuliaan agama Islam dan kesetiaan bangsa Melayu.
Sepanjang filem ini, pelbagai anasir telah berlaku ke atas Mat Kilau dan sahabat- sahabatnya. Saya amat mengagumi keberanian watak-watak dalam filem ini. Sebesar mana pun dugaan yang menimpa diri mereka, mereka tetap menguatkan keimanan diri dan tegas berpegang teguh pada pendirian masing- masing. Walaupun orang kampung tidak memberikan sokongan terhadap perjuangan mereka, Mat Kilau tetap memberikan semangat kepada segelintir masyarakat yang sanggup berperang demi bangsa dan agama. Beliau sanggup menggadaikan nyawa demi bangsa Melayu dan generasi masa hadapan.
Sikap perjuangan Mat Kilau dan sahabat- sahabatnya yang tegar dan kental telah membakar semangat saya untuk menghargai, menghormati dan melindungi bahasa Melayu dan agama Islam. Satu perkara yang saya gemari tentang filem ini ialah adegan- adegan yang menunjukkan betapa indahnya agama Islam dan seni mempertahankan diri masyarakat Melayu, seperti seni silat yang terdapat dalam adegan pertempuran antara
 152 Saujana Pujangga 2022


























































































   152   153   154   155   156