Page 155 - Saujana Pujangga 2022
P. 155
ULASAN
Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya dengan pengkhianat bangsa Melayu.
Selepas menonton filem ini, saya berasa amat bangga kerana dilahirkan sebagai seorang anak Melayu. Pada pandangan saya, filem ini berat sebelah kerana memaparkan keburukan para penjajah tetapi gagal untuk menonjolkan pula salah guna kuasa oleh kerajaan Melayu di Pahang. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diraih daripada filem tersebut. Pada pendapat saya, pengajaran yang dapat diraih melalui filem ini ialah betapa pentingnya kita harus mempertahankan hak kita walau apa pun halangannya. Kita tidak sepatutnya memberi ruang kepada orang lain untuk
mengambil hak kita. Selain itu, pengajaran sampingan adalah kita tidak harus membiarkan silaturahim terputus oleh kerana ujian yang kecil. Persahabatan sebenarnya satu amanah dan patut dijaga sebaik mungkin. Mat Kilau dan sahabat-sahabatnya sanggup berjuang bermati-matian demi masa depan anak-anak Melayu. Oleh yang demikian, janganlah kita sia-siakan pengorbanan wira-wira ini yang telah berkorban demi kesenangan hidup anak bangsanya.
Seperti yang diucapkan oleh Mat Kilau dalam filem tersebut, “Biar jasadku diolok-olok, asalkan jangan bangsaku meminta tolong!”
Saujana Pujangga 2022 153