Page 157 - Saujana Pujangga 2022
P. 157
ULASAN
dihalau oleh keluarganya kerana mencintai seorang lelaki berbeza budaya. Ketika Sarah berkeras mahu menemui Siti, Jack tiada pilihan lain selain menyamar sebagai Siti dengan memakai baju kurung dan tudung kepunyaan Sharifah yang tergantung di tandasnya. Di sinilah unsur ‘comedy of errors’ berlaku pada Jack, seorang lelaki berbangsa Cina, yang kelihatan lucu memakai baju kurung dan bertudung litup ketika menyamar sebagai Siti.
Untuk meleraikan kekalutan yang berlaku, suatu pertandingan memasak telah diadakan yang melibatkan Cef Rahim dan Abang L o n g . Kedua-dua keluarga Sharifah dan Jack akhirnya merestui hubungan mereka. Filem ini berakhir dengan pengenalan watak Khalil, anak lelaki Sharifah dan Jack.
Filem Kongsi Raya mengetengahkan isu perkauman yang masih wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara zahirnya, watak Cef Rahim, ayah kepada Sharifah, kelihatan seolah-olah dapat menerima hubungan berlainan kaum dengan sepenuh hati. Namun, apabila Sharifah mengakui bahawa dia mahu berkahwin dengan Jack, Cef Rahim tidak
bersetuju, malah menentang hubungan tersebut. Watak ini menunjukkan prinsip dwistandard yang masih diamalkan dalam kalangan segolongan masyarakat kita. Sebagai masyarakat yang hidup dalam zaman moden, kita sepatutnya tidak berfikiran kolot dan menerima hubungan antara kaum yang berlainan dengan hati yang terbuka.
Tambahan lagi, filem ini turut memaparkan hubungan antara seorang ayah dengan seorang anak lelaki. Kedua- dua Jack dan ayahnya, Abang Long, sebenarnya bersalah dalam pertengkaran mereka. Jack sepatutnya lebih banyak bersabar dengan kelakuan ayahnya. Dia harus memberikan Abang Long lebih masa untuk menerima situasi itu dan bukan memburukkan keadaan dengan melarikan diri daripada keluarganya. Abang Long pun seharusnya bersikap lebih tenang dan lebih memahami perasaan Jack. Jikalau Jack memeluk agama Islam, dia masih boleh menguruskan restoran Abang Long dan menyimpan nama keluarganya. Hal ini mengajar penonton untuk mengawal emosi dan perasaan apabila berdepan dengan sesuatu masalah supaya tidak memburukkan lagi keadaan. Kedua- dua pihak harus berfikiran matang dan saling
memahami antara satu sama lain.
Ternyata, filem Kongsi Raya telah menimbulkan kesedaran bahawa cinta itu tidak mengenal warna kulit dan bangsa. Jika kedua-dua pihak dalam perhubungan itu berusaha untuk saling mengenali dan mendalami budaya satu sama lain, perhubungan itu pasti akan berjaya.
Saujana Pujangga 2022 155