Page 159 - Saujana Pujangga 2022
P. 159

 memenuhi keinginannya, dia menggunakan cara-cara licik untuk memanipulasi Hang Tuah untuk meninggalkan Sultan. Bahkan, dia memberikan syarat-syarat kepada Sultan Mahmud Shah yang dia pasti Sultan tidak akan mampu penuhi. Hal ini bersesuaian dengan kedegilannya untuk menurut kehendak hati. Buktinya, dia tidak membiarkan kekangan sebagai seorang kerabat diraja untuk mengejar cintanya, sekali gus menggadaikan semua yang dia ada (termasuk harta dan nyawa pembantunya) untuk bersama lelaki yang dicintainya.
Jelaslah bahawa Laksamana Hang Tuah (M. Nasir) seorang yang terlalu setia kepada Sultan. Justeru, dia telah mengetepikan rasa cintanya terhadap Gusti Putri. Hang Tuah juga berani melindungi golongan yang lemah. Kita dapat melihat keberaniannya pada awal cerita ketika dia membela seorang gadis dan bapanya. Dia boleh dikatakan tenang apabila mengalami masalah dan tidak terbawa-bawa dengan emosi semasa pertarungan dengan Gusti Adipati.
Watak lain yang agak menarik ialah Sultan Mahmud Shah (Adlin Aman Ramlie). Keseluruhan karakternya boleh digambarkan sebagai berfikir dengan ‘kelelakiannya’, yang sanggup berperang demi tanah asing untuk menikahi seorang wanita, dan sanggup membunuh anaknya semata-mata untuk memenuhi syarat yang diberikan Gusti Putri. Setelah Puteri menolaknya, dia membalas dendam dan menyumpahi Gusti Putri.
Sebagai seorang ketua, Gusti Adipati (Alex Komang) cuba mendahulukan keselamatan rakyatnya, yang diserlahkan apabila dia sanggup menggadaikan adiknya untuk berkahwin dengan Sultan Melaka dan juga mencuba untuk membunuh Hang Tuah supaya perkahwinan tersebut berjaya.
Seterusnya, Datuk Bendahara Tun Perak (Rahim Razali) merupakan seorang yang tidak berat sebelah. Meskipun beliau taat kepada Sultan, beliau tetap memikirkan semua pihak sebelum membuat keputusan. Dia juga menyuarakan pendapatnya secara jujur dan beralas. Malah, dia menghargai ikatan persahabatan. Apabila dia bertemu dengan Hang Tuah di sebuah rumah kecil, dia mengesyorkan Hang Tuah untuk mendapatkan Gusti Putri.
Dalam filem Puteri Gunung Ledang, latar masa yang dipaparkan ialah sekitar abad ke- 15, semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Majapahit. Raja yang memerintah Kerajaan Melaka pada waktu itu ialah Sultan Mahmud Shah. Daripada aspek latar tempat pula, negeri Melaka dan Majapahit digunakan sebagai dua elemen penghubung dan tempat. Gunung Ledang yang dikunjungi Hang Tuah pula terletak di Daerah Tangkak di Negeri Johor, berhampiran dengan Negeri Melaka. Bagi latar masyarakat pula, kita dapat melihat pelbagai masyarakat yang berbeza. Terdapat tiga golongan masyarakat yang digambarkan dalam filem tersebut. Mereka ialah masyarakat Melaka, masyarakat Majapahit dan Masyarakat Demak. Bagi masyarakat Melaka dan Demak, kebanyakan daripada mereka beragama Islam. Pada zaman tersebut, walaupun agama Islam sudah tersebar, tetapi masih belum diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melaka sepenuhnya. Sebagai contoh, disebabkan kekurangan didikan agama, ramai yang lalai dan kabur akibat hawa nafsu. Antara ciri lain masyarakat Melaka ialah keberanian rakyatnya. Ini dapat dilihat menerusi kegagahan Hang Tuah sewaktu berdepan dengan segolongan penjahat pada awal cerita. Bagi masyarakat Majapahit pula, mereka beragama Hindu. Antara ciri masyarakat Majapahit ialah kesetiaan mereka terhadap agama mereka. Walaupun mereka diugut oleh kerajaan Demak untuk memeluk agama Islam,
ULASAN
Saujana Pujangga 2022 157



























































































   157   158   159   160   161