Page 33 - Saujana Pujangga 2022
P. 33

 Ketemu Sudah
Nailah Zakirah Asrin
NJC
Mutiaraku samrah Janganlah dikau pergi Tiada punca arah Meninggalkan aku sepi
Ku sedang mencari Mana kelibatmu Alam akan berseri Dengan kehadiranmu
Bukan seputih salju Bukan semurni kalbu Aku cela, hina, dina Aku tak sempurna
Bisikan hati menderu Tanpa kutahu Datang bagai seteru Siapakah diriku?
Aku tetap menunggu Pancaran sinar wajahmu Langkahku tetap satu Ketemu dengan kamu
Alunan suaramu yang berapi Redup matamu seribu erti Tundukmu bukan mengundur pergi Bangkitmu bela ibu pertiwi
Flactual Nec Mergitur
Evanael Jevico Garcia
RI
Dalam dunia VUCA
Segala sesuatu serba berubah
Segala sesuatu serba membimbangkan Segala sesuatu serba tidak menentu
Rintangan muncul kapan sahaja Masalah datang kapan sahaja Laksana singa bersenyap-senyap Siap untuk menerkam mangsanya
Perang Dunia usai sudah Jajah-menjajahi tamat sudah Seteru baharu muncul kini Jajah-menjajahi berlaku lagi
Maka itu, siagakan dirimu wahai remaja Siapkan jiwa dan ragamu
Kerana perang yang sedang kamu hadapi Tidak kalah kejamnya daripada yang lain
Kuatkan hatimu, kobarkan kembali semangatmu Teguhkan hatimu, mantapkan jiwamu
Bagaikan kapal yang kukuh
Terumbang-ambing tapi tidak tenggelam
SAJAK
Saujana Pujangga 2022 31











































































   31   32   33   34   35