Page 35 - Saujana Pujangga 2022
P. 35
Mencari Aku
Charly Chandra
RI
Siapalah diri aku
Seorang pelajar dalam satu sekolah Sentiasa berusaha tanpa lelah Simpan minda yang tak mahu kalah
Siapalah diri aku
Seorang rakan lelaki dalam persahabatan Cuba membuat hati teman berkenan Mendengar apa jua pesanan
Siapalah diri aku
Seorang anak lelaki dalam satu keluarga Mencuba membuat ibu bapa bangga Barulah aku berasa lega
Siapalah diri aku
Seorang penduduk Nusantara Berusaha menjadi perantara
Demi menjadikan masyarakat mesra
Siapalah diri aku
Ciptaan Tuhan yang Maha Esa Diberikan hati untuk merasa Berikhtiar untuk tidak berdosa
Aku akhirnya sedar
Manusia dengan pelbagai kadar Dengan jiwa Melayu yang tak pudar Bertanggungjawab sebagai penerus Memastikan semua hidup lurus
Agar semua tidak penuh perus Hinggalah selamat bersama di akhirat
Menuju Singapura
yang Hijau
Sambrama Yasawirya Huang
RI
Cuba memancing di Nusantara Tidak sedar joran dah berkarat Jika bumi tak kita pelihara Bolehkah kita mendapat berkat?
Aku melihat langit sehitam jelaga Bandar yang dipenuhi pencemaran Aku dapat merasakan
Kemurkaan Sang Pencipta
Inilah hasil daripada sikap kita
Sikap acuh tak acuh
Sikap tidak peduli
Seolah-olah hanya engkau saja penghuni planet ini
Tidak adakah kasih sayang akan negara ini? Negara noktah merah yang sangat berjaya? Bangun Singapura!
Mari kita bersama menjaga pulau ini!
Sejuta pohon akan kita tanam
Sejuta kawasan hutan akan kita pupuk Sejuta makhluk lagi akan hidup
Dan sejuta rasa gembira akan mengerlip di dada
Jom Singapura!
Mari kita tingkatkan usaha Jika tidak dipecahkan ruyung, Manakan dapat sagunya.
SAJAK
Saujana Pujangga 2022 33