Page 36 - Saujana Pujangga 2022
P. 36

 SAJAK
Mancis
Nur Hanisah Binte Mohamad Ibrahim
RI
Cis cis cis
Matamu melihat kemelaratan Mindamu peka tentang keadaan Hatimu terbitnya rasa simpati Namun setakat itu sahaja
Setakat itu sahaja kepedulian kita
Dibelai kasih sayang
Tanpa memikirkan yang lain Didodoikan kesenangan
Tanpa berkongsi dengan yang lain Bagai tembok yang memisahkan Kita tidak menghiraukan yang lain
Kenapa kita segan?
Adakah dengan membantu membantut dirimu?
Adakah dengan berkongsi
menghiris darjatmu?
Sudah diulang, dijadikan pesanan Yang memberi tidak akan berkurangan
Usah kita segan
Anggaplah dirimu ibarat mancis Gerakkan lidahmu untuk bertanya Gerakkan jasadmu untuk berjasa Bermula dengan cahaya yang kecil Tetap menerangi hidup yang gelap
Malah api daripada mancis Mampu mencetus percikan Merebak
Menyalakan seluruh alam
Maka, marilah bangkit Hulurkan bantuan
Selagi ada kudrat
Ringankan beban mereka Kerana amal, tinggi darjat Bahkan menjamin kehidupan Sejahtera, di akhirat
 34 Saujana Pujangga 2022












































































   34   35   36   37   38