Page 37 - Saujana Pujangga 2022
P. 37

 Merayu Melayu
Jason Nathaniel Sutio
RI
Melayu malu melayu
Bagai kupu-kupu hina kepompong Setelah mekar cemerlang lupa akar Busung dada, adat lompong
Melayu malu melayu
Bagai bunga alpa corak
Walau praktis peluk Inggeris Haruskah lidah ibumu jilat najis?
Melayu malu melayu
Bagai kencing anjing tepi tiang Dijinakkan Barat dibutakan moden Semangat leluhur dibiarkan gersang
Aku Melayu
El’yez Mu’arif
RI
Aku Melayu
Yang mendarat dari Jawa Tengah Mendirikan kehidupan
Sebagai anak Malaya
Aku Melayu
Anak watan yang palsu
Namaku sahaja berbunyi Melayu Sejujurnya, siapakah diriku?
Aku Melayu
Tetapi jelasnya kabur
Bahasaku beza daripada yang umum Loghatmu beza daripada loghatku
Aku tetap Melayu
Sehati sejiwa
Tidak dilihat pada zahir semata Sewajarnya dinilai isi dalamannya juga
Sesungguhnya Aku Melayu Bersemangat teguh Pertahankan iman Mendaulatkan kebudayaan
SAJAK
 Saujana Pujangga 2022 35







































































   35   36   37   38   39