Page 38 - Saujana Pujangga 2022
P. 38
SAJAK
Nusantara
Jadelyn Minneke Sutopo
RI
Singapura Malaysia Brunei Indonesia Bak saudara dalam keluarga Walaupun sama ibu bapa
Sering kali berbeza nasibnya
Ada yang dinobatkan macan Asia Dan ada yang kaya berlimpah harta Tetapi masih ada lagi yang berusaha Tidak dapat menyatukan rakyatnya
Singapura Malaysia Brunei Indonesia Bak saudara dalam keluarga
Sering juga kita bergaduh berkelahi Namun akhirnya bersatu kembali
Harta tanah semua dipertikai
Begitu juga budaya dan makanan
Tetapi demi memartabatkan bangsa Sampingkan perbezaan ayuh bekerjasama
Singapura Malaysia Brunei Indonesia Nampak serupa namun tak sama
Akan tetapi satu hal yang takkan terlupa Kita masih lagi satu Nusantara
Di Manakah Engkau?
Nur Humairah Binte Jamaludin Bawany
TMJC
Engkaulah yang paling kucari Umpama misi yang belum selesai Umpama doa yang tak terkabul Kuharap sampai masa akan kautimbul
Engkaulah yang memberikan makna Biar dikejar kemewahan harta
Berjuta berlian setinggi gunung Namun hidup tetap kosong tanpa mu
Raut wajah di cermin kutertanya-tanya Semakin dekat kepada engkau Semakin kauterlepas
Jauh dari genggamanku
Kucuba muat pengalaman demi pengalaman Mungkin akan kumenemui kamu?
Cahaya bersinar pada kulit wajahku
Secubit sahaja kudapat merasakan
Sekelip mata
Terlepas, terhilang Pandanganku menjadi kabur Di manakah engkau?
36 Saujana Pujangga 2022