Page 40 - Saujana Pujangga 2022
P. 40

 SAJAK
Tertanya-tanya
Alysha Nabilah Binte Ahmad Husaini
TMJC
Nenek moyang pernah bercerita Tentang wira dan wirawati
Yang terduduk gamam tertanya-tanya Tentang matlamat hidup
Yang sukar dicapai Tentang matlamat hidup Yang sukar dicapai
Ayah pernah berkata, sucikan hatimu, lapangkan dadamu
Teguhkan diri dan cekalkan sanubari Untuk mengatasi masalah zaman kini cabaran pasti
Ingin sahaja aku membuka dadaku
Untuk bertanya sedalam-dalam diriku Dapatkah aku menakluki hati semurni Mahsuri? Jati diri terus dihormati
Tertanya-tanya aku membuka dadaku Dan merentap jantungku
Merobek, mencarik dan membetas Segala sistem di dalam jantungku
Namun, yang digenggam hanyalah ketulan Isi-isi berlumuran darah
Dedupdap dedupdip dedupdap dedupdip Tertanya-tanya aku, di manakah keajaiban orang Dulu?
Tertanya-tanya aku semasa mencari hatiku; kamar segala niat dan nota
Rupa hatiku jauh daripada indah;
buruk binte hodoh
Benar kata mereka
Hatiku tidak sempurna dua kelopak bunga di taman
Kemusykilan mengerumuni di saat
aku melihat
Sebiji hati di tanganku
Tertanya-tanya adakah itu benar-benar diriku? Mana hati sempurna sesuci puteri kayangan Dulu?
Darah mengalir dan membasahi tubuh Kemusnahan yang tidak berhasil, misiku yang gagal
Tertanya-tanya aku, sesungguhnya hati yang membawa kuasa
Tidak sesekali ditemui dalam tubuh seorang yang biasa
 38 Saujana Pujangga 2022







































































   38   39   40   41   42