Page 41 - Saujana Pujangga 2022
P. 41
Identiti
Diyana Farihah Binte Zaidi
Nur Syifa Binte Mohamad Fadzly
TMJC
ini menjadi krisis ramai anak bangsa tidak mudah untuk lupakan sahaja
di manakah tempat mereka di alam semesta hanya keliru dan bingung; itulah perasaan yang menyelubungi mereka
entahlah, mereka berkata sambil berduka ‘ha, adakah ini benar-benar saya?’
nama memang akan membentuk penampilan pertama tetapi
bukan penampilan kita buat selama-lamanya
tertib kelakuannya
begitu sopan santun seperti ibu bapanya
inilah krisis ramai anak bangsa
adakah patut kita mencarinya sendiri atau mengikut pendapat mereka?
tatkala itu, dengarlah anak-anak muda terimalah nasihat daripada kita
ingatlah wahai kawan-kawan,
mari kita bekerjasama
jangan mengheretkan fitnah; jangan merosakkan identiti anda
Anak Melayu Abad ke-21
Nurhuzaty Binte Muhammad Nur
YIJC
Betulkah?
Kanak-kanak kecil ataupun remaja Nampak agak berbeza
Akhirnya, semua berasa sama sahaja
Ditatang bagai minyak yang penuh Tetapi fikiran seperti kereta lumba hari demi hari
Perasaan tertekan tidak pun
Menjadi perkara yang asing bagi kami
Berbakat tetapi berat tulangnya Berlengah-lengah tetapi besar impiannya Banyak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris Bahasa dan budaya Melayu terus dipinggirkan
SAJAK
Betul
Melayu abad ke-21
Sangat disalah fahami
Niat kami tidak diwakili oleh stereotaip kini
Berikanlah kami sokongan
Untuk melakukan yang terbaik
Janganlah hanya menghukum kami atas kesalahan kecil
Berilah peluang bagi kami belajar daripada kesilapan sendiri
Betulkah?
Saujana Pujangga 2022 39