Page 43 - Saujana Pujangga 2022
P. 43

 Cahaya Hidupku
Adriana Binte Irmady
YIJC
Hari demi hari
Hidupku semakin gelap Semakin sepi
Semakin bibirku ketap
Bagai kunang-kunang Yang sesat di hutan konkrit Perjalananku tidak terang Aku rasa hatiku tersepit
Sehingga mata kami bertemu
Hatiku tertarik kepada kamu
Cahaya matamu menarik aku Menerangi kegelapan dalam hidupku
Kegelapan ditenggelami cahaya Kedatanganmu mengubah kehidupanku Kami sangat berkasih-kasihan
Aku janji untuk menghayati kamu
Patah Ombak
Nurhuzaty Binte Muhammad Nur
YIJC
Ombak membawa aku ke pulau indah Pulau tidak berpeta
Di bawah naungan langit biru Sentiasa bergerak tanpa arah
Keraguan menyelubungi tubuhku
Mungkin tidak diketahui kandungan
di perairan dalam
Sampan terumbang ambing ke sana ke mari Sama sahaja dengan arus hari demi hari
Namun lautan bergerak naik dan turun Tubuhku membiasakan diri
Kadangkala sampanku bersama ombak Kadangkala sampanku melawan ombak
Aku yakin akan perjalanan ini
Terus ombak menjadi arah kembara
Aku pengembara tidak perlu sebarang peta Ombak membawa aku ke pulau indah
SAJAK
 Saujana Pujangga 2022 41







































































   41   42   43   44   45