Page 81 - Saujana Pujangga 2022
P. 81
berpeluang membuat biskut hari raya dan roti kirai. Para peserta juga dihidangkan roti kirai berserta kari ayam. Tambahan pula, di stesen maklumat, Luqmanul Hakim telah ditugaskan untuk berkongsi informasi mengenai perayaan Hari Raya dan budaya Melayu dengan lebih mendalam kepada semua peserta tatkala mereka masuk ke ruang acara. Selain stesen- stesen yang disebutkan di atas, ada juga tempat untuk pelajar duduk dan makan bersama-sama sambil menikmati skit dan vlog bertemakan sambutan hari raya yang telah disiapkan oleh pelajar-pelajar MLEP.
Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan acara yang telah dijalankan kerana semua yang hadir, kelihatan gembira melakukan aktiviti serta berinteraksi bersama-sama. Kami berharap agar aktiviti seperti ini akan dapat kami anjurkan lagi pada tahun-tahun mendatang agar budaya Melayu dapat disemarakkan di YIJC dalam acara yang santai tetapi tetap bermakna!
DIARI
Saujana Pujangga 2022 79