Page 80 - Saujana Pujangga 2022
P. 80

 DIARI
RAYA ALIVE! DI YIJC
Nur Fazira Elyanie Bte Md Safar
YIJC
  Tahun ini, kami telah membuat keputusan untuk mengadakan Raya Alive! dan bukan acara iftar seperti ttahun-tahun sudah. Acara ini dibuka kepada pelajar dan kakitangan sekolah tanpa mengira bangsa, bahasa dan budaya.
Acara ini telah diadakan pada 10 Mei 2022 pada awal bulan Syawal. Acara ini bermatlamat untuk menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada mereka yang bukan berbangsa Melayu agar mereka lebih terdedah kepada cara masyarakat Melayu di Singapura menyambut hari istimewa ini.
Kami juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mendedahkan mereka kepada budaya orang Melayu. Peserta digalakkan untuk memakai baju tradisional Melayu agar dapat menghidupkan suasana Aidifitri.
Kami telah menyiapkan pelbagai untuk para peserta yang hadir seperti permainan tradisional, seni, masak, stesen informasi dan sebuah reruai mengambil foto untuk para peserta bergambar supaya memori indah dapat dirakamkan sebagai kenangan. Acara ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar, guru-guru serta pengetua sekolah. Mereka hadir untuk memberikan sokongan mereka kepadaMLEPdantelahturutsertamengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Di stesen permainan, para peserta diajar bermain congkak, batu seremban dan chapteh yang merupakan permainan-permainan tradisional masyarakat Melayu. Di stesen seni pula pelajar diajar untuk membuat origami ketupat menggunakan kertas berwarna. Di stesen memasak pula, para peserta
78 Saujana Pujangga 2022

























































































   78   79   80   81   82