Page 78 - Saujana Pujangga 2022
P. 78

 DIARI
ACARA SILANG BUDAYA BERSAMA WASEDA SHIBUYA SENIOR HIGH SCHOOL
Shireen Sofia Kamal
YIJC
Pada 27 Julai 2022, Maktab Rendah Yishun Innova telah menganjurkan program Silang Budaya bersama murid-murid Jepun dari Waseda Shibuya Senior High School. Dalam program ini, kami telah berkongsi tentang adat resam orang Melayu dari segi makanan tradisional dan permainan tradisional.
Banyak persiapan harus kami fikirkan. Kami mengambil keputusan untuk membahagikan program ini kepada tiga fasa kehidupan orang Melayu, iaitu fasa pertama, fasa kanak-kanak; fasa kedua, fasa orang dewasa dan fasa ketiga, fasa orang tua.
Dalam fasa kanak-kanak kami memberikan fokus pada permainan tradisional kanak- kanak. Dalam menyediakan permainan kanak- kanak ini, kami membuat beberapa improvasi. Contohnya, dalam permainan tarik upih, kami menggunakan kain pelikat untuk menggantikan daun upih.
Seterusnya, untuk fasa orang dewasa pula, kami mengetengahkan upacara perkahwinan. Pelbagai aktiviti kami jalankan untuk menghidupkan suasana perkahwinan ini seperti cara memakai kain samping, selendang dan tudung. Kami juga memperkenalkan permainan kompang dan cara memainkannya. Bagi fasa orang tua pula, kami memperkenalkan kuih-muih tradisional Melayu seperti Kuih Ketayap. Persiapan bagi setiap fasa pasti menemui cabaran. Tidak begitu mudah hendak membangkitkan suasana yang autentik sedangkan banyak peralatan yang diperlukan sukar untuk didapatkan. Namun, kami sedar kepentingan untuk menjalin hubungan dengan orang-orang yang lebih tua atau dengan organisasi tertentu untuk mendapatkan barang-barang tertentu.
Selain cabaran dalam menyempurnakan segala persiapan logistik, bahasa yang kami gunakan semasa bertutur dengan pelajar-pelajar Jepun
juga harus dititikberatkan. Hal ini adalah kerana tidak semua pelajar daripada sekolah tersebut dapat bertutur dalam bahasa Inggeris. Maka,
kami harus mempunyai kesabaran ketika membuat penyampaian.
Namun, segala penat lelah dan pengorbanan yang kami lakukan berbaloi apabila melihat senyuman- senyuman di wajah para
peserta serta gelak tawa mereka yang benar-benar merasakan keseronokan ketika menjalani aktiviti-aktiviti yang kami
sediakan khas buat mereka.
 76 Saujana Pujangga 2022




















































































   76   77   78   79   80