Page 77 - Saujana Pujangga 2022
P. 77

 merancang dua cara yang boleh digunakan supaya bengkel mencorak batik ini dapat dilaksanakan dengan menarik dan efektif. Pertama adalah untuk membuat pencorakan batik dengan menggunakan alat-alat tradisional seperti canting. Kedua adalah untuk membuat pencorakan batik dengan menggunakan cat akrilik. Semasa melakukan persiapan untuk bengkel mencorak batik, kami juga melalui cabaran untuk memilih reka bentuk batik yang mudah tetapi sesuai dan tetap menarik. Kami ingin para peserta mempunyai masa yang cukup untuk melukis dan mewarnakan corak batik mereka. Pengalaman menjalankan bengkel mencorak batik ialah sesuatu pengalaman yang kami tidak akan lupakan. Dalam proses menyiapkan bengkel ini, kami dapat mempelajari banyak perkara seperti cara membuat bengkel mencorak batik sesuatu yang menarik dan pada masa yang sama, mengemukakan sesuatu yang informatif dan dapat mengajar para pelajar tentang latar belakang batik.
Bagi bengkel penulisan Jawi, tujuannya adalah agar para peserta dapat belajar sejarah tentang seni penulisan Melayu ini. Ini agar para peserta dapat memahami kepentingan seni ini bagi orang dahulu di Nusantara. Untuk aktiviti pertama, para peserta diminta untuk
menukarkan perkataan bahasa Melayu kepada penulisan Jawi seperti makanan, ondeh-ondeh, telefon. Aktiviti kedua ialah aktiviti secara berkumpulan. Ahli kumpulan perlu membaca perkataan Jawi dan menulis perkataan itu dalam bentuk rumi. Kami amat gembira kerana para peserta begitu berminat dalam aktiviti yang disediakan dan mereka begitu bersungguh- sungguh dalam percubaan-percubaan mereka untuk menulis dan membaca tulisan Jawi.
Secara keseluruhan, kami sendiri dapat mempelajari budaya Melayu dengan lebih banyak dan telah berjaya untuk memupuk rasa cinta dan kasih teman-teman kami terhadap makanan tradisional Melayu, seni reka Melayu dan juga cara penulisan orang Melayu lama.
Tidak dapat dinafikan bahawa pada mulanya, kami berasa takut dan jangkal untuk menjadi pemudah acara kerana bimbang jika ada pelajar yang tidak ingin menyertai aktiviti yang telah dirancang dan juga melaksanakan bengkel ini. Namun, kami berjaya menjalankannya dan juga mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi. Program ini sebenarnya merupakan sebuah landasan bagi kami untuk memegang peranan selaku duta bahasa dan sastera melalui aktiviti- aktiviti MLEP yang bakal memberikan kami pendekatan holistik untuk menghargai dan melestarikan khazanah warisan kita.
DIARI
    Saujana Pujangga 2022 75




























































































   75   76   77   78   79