Page 75 - Saujana Pujangga 2022
P. 75

 DIARI
 jejak langkah mereka dalam usaha terus mengharumkan nama MLEP dalam landskap pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Singapura.
Acara yang ditunggu-tunggu menjelang tiba, iaitu persembahan perpisahan oleh para graduan MLEP dari semua maktab rendah.
Persembahan yang disampaikan amat kreatif dan pelbagai, dari nyanyian, lakonan hinggalah kepada tarian. Setiap persembahan merumuskan perjalanan mereka sepanjang dua tahun dalam program MLEP di maktab rendah masing-masing. Semua yang hadir sangat
terhibur dengan persembahan para graduan yang terdiri daripada persembahan wayang kulit, tarian Melayu tradisional, deklamasi sajak, rap dan sesi bernyanyi beramai-ramai. Kami betul-betul terasa seperti menonton konsert.
Apa yang pasti, pada akhir majlis ini, semua pelajar MLEP yang hadir semakin bersemangat untuk terus memainkan peranan masing-masing demi mencapai objektif MLEP meningkatkan penghayatan dalam bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Segala nasihat dan kata-kata perangsang yang diberikan semasa majlis ini akan tersemat di sanubari kami semua selagi hayat dikandung badan.
Saujana Pujangga 2022 73




























































































   73   74   75   76   77