Page 74 - Saujana Pujangga 2022
P. 74

 DIARI
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MENGUKUHKAN
TEKAD UNTUK TERUS CEMERLANG
Alysha Nabilah Binte Ahmad Husaini
Nur Fifi Syadzwina Binte Mohamed Sulaiman
TMJC
Setelah hampir dua tahun “terkurung” dek pandemik COVID-19, tahun ini para pelajar MLEP berasa cukup teruja kerana dapat menghadiri majlis Penyampaian Sijil Tamat Program yang berlangsung di Institusi Raffles pada 29 Julai 2022. Majlis ini khusus diadakan untuk menandakan tamatnya program MLEP bagi pelajar-pelajar tahun 2 dan mengiktiraf pencapaian mereka dalam program ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Puan Salbiah Abas, Timbalan Pengarah Cawangan Bahasa Ibunda, Kementerian Pendidikan Singapura. Beliau bangga dengan pencapaian ramai alumni MLEP yang telah melanjutkan pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, sains hayat, ekonomi, komunikasi, psikologi, seni dan reka bentuk media selain bidang perguruan. Pastinya, menurut beliau, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan tentang bahasa, sastera dan budaya yang diraih mereka ketika menjalani program MLEP mempengaruhi kerjaya mereka. Beliau juga menitipkan pesan agar para graduan terus menimba ilmu kerana proses pembelajaran merupakan proses dinamik yang berterusan. Beliau berharap para graduan akan terus menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain dan kembali menabur bakti kepada bangsa dan negara.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian ucapan perpisahan daripada Raditya Secondatama, seorang pelajar MLEP dari Maktab Rendah Kebangsaan yang telah terpilih menjadi wakil pelajar MLEP kohort 2021/2022. Dalam ucapannya, Raditya telah
mengimbas kembali pengalaman yang dilalui kohort MLEP 2021/2022 yang sering dikaburi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19. Banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan atau diubah menjadi aktiviti dalam talian. Walaupun begitu, kekangan pandemik ini tidak sedikit pun melemahkan semangat para pelajar MLEP kohort 2021/2022 ini untuk terus mendalami minat mereka dalam bahasa, kesusaateraan dan budaya Melayu.
Bagi Raditya sendiri, memori paling manis adalah semasa beliau mengikuti program H3 HSSR-NUS bersama beberapa orang pelajar MLEP yang lain. Kajiannya tentang seni kuda kepang telah membuka matanya tentang betapa besarnya peranan golongan muda seperti dirinya dalam melestarikan bahasa dan budaya Melayu. Beliau menyeru kepada para pelajar MLEP yang hadir dalam majlis ini agar terus memikul tanggungjawab untuk melestarikan warisan nenek moyang kita agar tidak hilang ditelan zaman. Beliau turut melahirkan harapan agar program MLEP dapat melahirkan golongan cendekiawan Melayu yang prihatin terhadap bangsa dan negara serta proaktif mencari solusi dan menjunjung tinggi adab dan budi.
Tatkala tiba upacara penyampaian sijil tamat program, wajah para graduan MLEP kelihatan berseri-seri apabila menerima sijil masing- masing. Jelas daripada riak wajah mereka, terserlah rasa bangga kerana telah berjaya memartabatkan program ini melalui pelibatan aktif mereka dalam semua aktiviti. Kami yang menyaksikan upacara tersebut turut berasa bangga dengan pencapaian mereka dan berharap agar kami dapat mengikuti
72 Saujana Pujangga 2022






















































































   72   73   74   75   76