Page 72 - Saujana Pujangga 2022
P. 72
DIARI
PROJEK INSTABUDAYA MEMBUKA MATA!
Nabih Fikri Nurhuda
TMJC
Projek Warisan Instabudaya yang diadakan pada penggal ketiga, merupakan satu pengalaman yang membuka mata bagi sebahagian besar daripada kohort MLEP di Maktab Rendah Tampines Meridian (TMJC). Projek ini dikendalikan oleh kami sendiri. Kami didedahkan kepada beberapa aspek budaya Melayu dan berkesempatan untuk berkongsi maklumat yang dikaji di media sosial.
Kami ditugaskan untuk melakukan kajian yang menarik tentang satu aspek budaya Melayu tersebut. Setiap kumpulan perlu memuat naik sebuah video tutorial.
Salah satu kumpulan telah membuat kajian tentang kain samping. Dalam hantaran-hantaran kumpulan itu, mereka telah menyenaraikan beberapa jenis ikatan samping. Antaranya, Ikatan Kembung yang biasanya dipakai oleh pengantin lelaki, berserta
bengkung ketika majlis persandingan. Ikatan Lingkup pula sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu di Singapura. Bagi Ikatan Pancung, bahagian penjuru kain, dibiarkan terjurai ke bawah. Mereka memberi penjelasan tentang maksud di sebalik ikatan samping.
Kumpulan kedua pula telah membuat kajian tentang jenis-jenis baju kurung wanita, seperti baju Kedah, baju Teluk Belangah dan baju Pahang. Setiap jenis baju kurung wanita mempunyai ciri-ciri tersendiri. Untuk baju kurung Teluk Belangah, kain ombak beralun sering kali digunakan dengan baju ini. Kami juga memperkenalkan aksesori-akesori yang dipakai dengan baju kurung termasuklah dokoh, keronsang dan selendang. Dokoh dipakai di leher dan diperbuat daripada logam suasa berasal dari Pattani, Kelantan dan Terengganu. Biasanya, dokoh mempunyai satu loket di bahagian tengah yang dihiasi dengan empat loket kecil. Kerongsang pula disematkan pada baju ataupun tudung. Kerongsang dihiasi dengan permata dan berbentuk daun ataupun bunga. Selendang dipakai sebagai selempang dari bahu mengarah ke sisi pinggang. Ada sebahagian orang yang memakai selendang di kepala. Selendang boleh digayakan dengan cara yang pelbagai.
70 Saujana Pujangga 2022