Page 71 - Saujana Pujangga 2022
P. 71
DIARI
Kami juga turut berbangga dengan persembahan Anjing Untuk Diplomat yang tidak kurang hebatnya dengan penjiwaan watak yang cukup mantap. Walaupun hanya sebahagian daripada drama ini yang dipentaskan, kami dapat membayangkan perasaan dan motif watak-watak dalam drama itu yang bergelumang dengan pelbagai dilema yang menjerat kehidupan mereka. Terutama sekali, kami benar-benar menghayati rintihan hati Iffah Amirah yang berlakon sebagai Sally yang dimanipulasi Pierre Blanc yang licik. El’yez sebagai Tan Ah Kim pula begitu berkesan dalam menyampaikan wataknya yang begitu taksub dengan perjuangannya menentang kapitalisme. Nur Fifi Syadzwina dan Muhammad Khidhir pula begitu menjiwai watak Sonja dan Wak Arjo sehingga kami sebagai penonton berasa kasihan dengan nasib yang menimpa mereka sebagai golongan yang tertindas.
Ternyata, kami berbangga dengan pencapaian kami menjayakan Dramaneka pada tahun ini. Kami amat berterima kasih dengan pertolongan dan semangat yang diberikan oleh rakan-rakan kami yang tidak henti mendorong kami. Kami sedar bahawa Dramaneka tidak akan berjaya tanpa usaha semua pelajar MLEP. Memori Dramaneka ini akan kami selalu kenang kerana membentuk pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada kami. Kami berharap Dramaneka akan terus menjadi legasi kohort kami kepada keluarga MLEP di maktab ini.
Saujana Pujangga 2022 69