Page 70 - Saujana Pujangga 2022
P. 70
DIARI
DRAMANEKA BERJAYA MENCUNGKIL BAKAT PELAJAR
Alysha Nabilah Binte Ahmad Husaini
TMJC
Buat julung-julung kalinya, pada bulan April 2022, Maktab Rendah Tampines Meridian telah menganjurkan sebuah acara pementasan sketsa drama ‘Dramaneka’ untuk memberikan sebuah platform kepada pelajar-pelajar MLEP Tahun 2 untuk menonjolkan bakat, baik dalam seni lakonan, pengarahan mahupun kemahiran seni pentas. Dramaneka 2022 merupakan sebuah pementasan drama daripada karya-karya Antologi Titik Pertemuan. Para pelajar MLEP Tahun 1 pula diundang sebagai penonton.
Perasaan gementar yang diiringi oleh dengan debaran dalam dada sememangnya dapat dirasakan kohort MLEP Tahun 2 pada hari pementasan. Kami ingin memberikan persembahan yang terbaik untuk meningkatkan minat dan membantu pembelajaran para pelajar MLEP Tahun 1. Kami hanya diberikan dua minggu untuk berlatih dan kami rasa tidak begitu yakin dengan komitmen pelajaran dan tanggungjawab lain seperti aktiviti kokurikulum. Namun, pelakon- pelakon berusaha dengan gigih berusaha untuk menghafal skrip dan menghayati watak. Sebagai pengarah sketsa drama Terbelenggu dan Anjing Untuk Diplomat, saya dan rakan seperjuangan saya, Nurin Izza turut memastikan para pelakon dapat menjayakan watak dengan baik serta menyiapkan arahan pentas.
Tepat pada pukul satu petang, kami pun mulakan persembahan kami dengan perasaan gementar, teruja dan seronok. Semua perasaan bercampur-aduk. Ternyata, para pelakon kami memiliki sikap profesionalisme dan mampu menjiwai watak dengan baik sekali. Pementasan ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah teknikal atau kesilapan arahan pentas.
Kami cukup berbangga dengan drama Terbelenggu yang sarat dengan emosi dan ketegangan dalam keluarga Ghazali. Walaupun semua pelakon yang menjayakan watak-watak drama ini adalah pelajar perempuan, mereka dapat menghayati konflik jiwa yang dihadapi watak-watak dalam drama ini dengan begitu baik sekali. Lakonan rakan kami, Nur Raudhah yang memegang watak sebagai Ghazali sangat berkesan dalam menjiwai perwatakannya. Manakala Nur Fitrah Anisah yang berlakon sebagai isteri Ghazali pula berjaya memaparkan keperibadian yang lemah lembut dan selalu bersediauntukberkorban.ZulhairaNafirayang memegang watak Zakir telah menghidupkan konflik jiwanya yang tersepit antara niatnya untuk menolong keluarga dan melayan ego ayahnya. Nur Humairah yang memegang watak Naurah pula berkesan dalam peranannya sebagai anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
68 Saujana Pujangga 2022