Page 68 - Saujana Pujangga 2022
P. 68
DIARI
ADA MAKNA DI SEBALIK IKATAN SAMPING
Nuryn Aniqah Binte Mohamad Zulkifli
TMJC
Pada 8 April 2022, sebuah Bengkel Ikatan Samping telah diadakan di maktab kami sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kami diperkenalkan kepada bahagian-bahagian kain samping iaitu, bahagian kepala, badan dan jahitan tengah kain samping. Kami menebarkan kain ke lantai dan kami berpeluang untuk mengenal pasti bahagian-bahagian samping tersebut, dengan bimbingan guru-guru MLEP kami.
Selepas itu, kami diajarkan tentang falsafah kain samping. Antaranya, kain samping berfungsi sebagai alat komunikasi bagi masyarakat perantau pada zaman dahulu. Para pendatang dari kampung yang lain akan mengenakan kain samping yang berpoket pada bahagian bunganya untuk menunjukkan statusnya sebagai seorang perantau di situ. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa kepanjangan kain samping juga menandakan status pemakai. Contohnya, kain samping yang dipakai di bawah paras lutut menandakan jejaka itu sudah berkahwin. Bagi jejaka yang
memakai samping di atas paras lutut, mereka masih lagi bujang.
Selanjutnya, kami mempelajari cara untuk mengikat samping. Kami mempelajari cara untuk mengikat tiga jenis ikatan iaitu, ikatan Bunga Tanjung, Ikatan Tradisional dan Ikatan Moden. Secara berpasangan, kami cuba untuk mengikat kain samping pada pinggang rakan
kami. Pada mulanya, proses ini amat mencabar kerana kain samping yang digunakan oleh pasangan saya terlalu besar dan panjang baginya. Kain itu selalu melorot sehingga kami berdua hampir berputus asa mengikat gaya-gaya tersebut. Namun, selepas melakukan beberapa percubaan kami berjaya mengikat kain samping itu, walaupun tidak sekemas dan secantik ikatan yang dibuat oleh guru kami.
Saya berpendapat bahawa ikatan Bunga Tanjung merupakan jenis ikatan yang paling mencabar kerana teknik yang diperlukan untuk menggumpal kain pada langkah pertama ikatan itu tidak mudah dilakukan. Saya gagal menggumpal kain itu dengan rapi buat beberapa kali sehingga jari saya mula terasa sakit! Menurut apa yang diajarkan kepada saya, jika kain itu tidak digumpal dengan baik,
bunga yang terhasil pada akhir proses ikatan itu tidak akan kelihatan kemas.
Sebelum ini, saya menganggap bahawa kain samping itu tidak membawa apa-apa maksud yang signifikan. Namun kini, saya menyedari bahawa kain cara mengikat
66 Saujana Pujangga 2022
samping ini
bukanlah
proses yang