Page 66 - Saujana Pujangga 2022
P. 66

 DIARI
SESI DIALOG BERSAMA PUAN ROHANI DIN
Puteri Nur Dini Abdil Rahim
RI
  Pada 27 Mei 2022, para pelajar MLEP dari Institusi Raffles telah menghadiri sesi dialog bersama seorang penulis, Puan Rohani Din. Sebelum sesi tersebut, beliau telah berbesar hati untuk menghadiahkan beberapa buku karya beliau secara percuma kepada para pelajar. Oleh yang demikian, dapatlah para pelajar membaca dan menghayati penulisan beliau, lalu dapat bertanyakan hal-hal yang berkaitan penulisan dengan merujuk kepada buku-buku tersebut. Sebagai seorang yang amat berpengalaman dalam dunia penulisan, banyak pengajaran yang telah dapat para pelajar raih daripada sesi dialog tersebut.
Dalam sesi ini, Puan Rohani Din telah berkongsi tentang pengalamannya sebagai penulis - apa yang telah mendorongnya untuk terus menulis dan inspirasinya sebagai penulis. Beliau telah menceritakan sedikit sebanyak tentang
kehidupannya dan bagaimana pengalaman kehidupannya itu telah mempengaruhi penulisannya. Beliau juga berkata bahawa sebagai penulis kita haruslah lebih prihatin terhadap segala perkara yang berlaku di sekeliling kita dan memahaminya dengan sebaik mungkin. Perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita merupakan suatu peristiwa yang istimewa bagi diri kita sendiri dan jika kita menulis berdasarkan pengalaman itu, penulisan kita akan menjadi unik.
Selanjutnya, kami telah mengadakan sesi soal jawab bersama beliau. Satu soalan yang telah ditanyakan merupakan tentang cara pelajar yang berusia 17 hingga 18 tahun dapat meneruskan minat dalam penulisan, dan perkara yang harus kami lakukan supaya dapat terus mengasah minat tersebut. Puan Rohani Din telah mengatakan bahawa tiada minat
64 Saujana Pujangga 2022


























































































   64   65   66   67   68