Page 67 - Saujana Pujangga 2022
P. 67
yang boleh diasah jikalau kita tidak terus cuba dan mencuba. Dengan demikian, beliau telah menyarankan kami terus menulis, dengan apa jua idea yang ada, tidak kira baik ataupun tidak, pendek ataupun panjang. Dari situ, kita boleh terus memperbaik penulisan kita. Beliau juga mengatakan bahawa jikalau minat itu ada, teruslah mencari cara untuk berlatih menulis, antaranya, dengan bengkel penulisan ataupun menyertai pertandingan menulis.
Sebelum mengakhiri sesi dialog tersebut, Puan Rohani Din telah berkongsi sedikit cara beliau
menulis, untuk memperbaik nada dan irama pantun-pantunnya, mengikut suku kata dan cara sebutan perkataan yang tertentu.
Pada pendapat saya, sesi dialog ini sangat bermanfaat kepada para pelajar seperti kami. Puan Rohani Din telah banyak berkongsi ilmu dan beliau juga telah memberi inspirasi kepada kami untuk terus berjuang dan jangan berputus asa. Nasihatnya yang amat berguna sangat membantu kami pada masa akan datang.
DIARI
Saujana Pujangga 2022 65