Page 64 - Saujana Pujangga 2022
P. 64

 DIARI
SESI DIALOG BERSAMA
ENCIK ZAINUL ABIDIN RASHEED
Sambrama Yasawirya Huang
RI
 62 Saujana Pujangga 2022
Pada 5 Ogos 2022, para pelajar MLEP Institusi Raffles telah menghadiri sesi dialog
bersama Encik Zainul Abidin Rasheed, Duta Berkelana dan Mantan Menteri Negara Kanan, Ehwal Luar. Beliau telah berkhidmat selama lebih daripada 45 tahun dalam sektor pemerintah, diplomasi antarabangsa dan kewartawanan, sektor korporat dan dalam organisasi sukarela dan kebajikan. Bermula pada tahun 1971 sebagai Editor Penyelidikan Buletin Penyelidikan Asia dan Editor ‘The Singapore Business’ dan memuncak sebagai Editor Berita Harian dan The Sunday Times, Encik Zainul banyak belajar tentang kehidupan dan realiti di Singapura, rantau Asia Tenggara dan dunia pada umumnya. Beliau juga merupakan Pengarang Bersekutu The Straits Times yang bertanggungjawab dalam penubuhan Meja ASEAN yang mendekati
negara-negara jiran Singapura.
Dalam sesi ini, Encik Zainul berkongsi tentang topik multikulturalisme sebagai landasan masa lalu dan cabaran untuk masa depan. Beliau bercakap tentang sejarah Singapura dan pelbagai kaum di negara ini. Beliau juga berkongsi tentang para penduduk Singapura yang semakin moden dan tidak lagi mahu dibezakan berdasarkan kaum.
Saudara Nabil telah menanyakan pendapat Encik Zainul mengenai dasar luar Singapura dan jika Singapura siap untuk menjalankannya. Encik Zainul berpendapat bahawa Singapura sentiasa akan neutral dan cuba sebaik mungkin untuk mengimbangi hubungan-hubungan dengan negara lain. Berkaitan situasi China dan Amerika Syarikat, Singapura ingin menjalin hubungan yang baik dengan kedua-dua negara tersebut.
Saudara Raiyan menanyakan pendapat Encik Zainul mengenai peranan emosi dalam membuat dasar luar negara. Encik Zainul berpendapat bahawa emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam membuat sesuatu dasar. Hal ini disebabkan emosi mampu membuat kita ingin melakukan sesuatu ketika mengetahui ada masalah yang terjadi, terutama apabila masalah tersebut melibatkan sesuatu perkara yang berhubungan dengan diri kita, seperti agama dan kaum. Walau bagaimanapun, kita tetap harus mencuba sedaya upaya untuk bersikap rasional dalam mengambil semua keputusan kita.























































































   62   63   64   65   66