Page 63 - Saujana Pujangga 2022
P. 63
Kami diberikan beberapa minggu untuk merungkai sebuah skrip drama dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima hingga enam ahli kumpulan. Skrip tersebut dihantar kepada Encik Saffri untuk mendapatkan maklum balas beliau dan pada sesi terakhir, pelajar harus membuat persembahan berdasarkan skrip kami.
Kumpulan saya bertemu melalui Google Meet dan kami berkongsi idea serta berjaya menulis sebuah skrip penuh dalam masa dua jam dengan penjanaan idea-idea yang bernas daripada para ahli kumpulan. Kami diberikan kebebasan untuk menulis tentang apa sahaja. Oleh sebab itu, saya rasa kami dapat menggunakan kreativiti kami yang sepenuhnya. Pada pandangan saya, pengalaman ini menyeronokkan dan merangsang minda dan saya juga yakin anggota kumpulan lain pun berasa sama.
Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Pada awalnya, semua pelajar berasa gugup kerana harus mempersembahkan drama mereka di hadapan khalayak ramai.
Namun begitu, setiap kumpulan berjaya menonjolkan kelebihan mereka dengan genre drama yang amat pelbagai, ada yang menampilkan kebolehan berlakon mereka dengan genre drama seram. Ada pula yang menonjolkan kreativiti mereka melalui drama romantik yang mereka persembahkan. Selain itu, setiap kumpulan menggunakan unsur- unsur bunyi yang telah diajarkan oleh Encik Saffri yang berjaya merealisasikan drama mereka.
Saya amat takjub akan persembahan rakan-rakan saya kerana jalan cerita yang dipersembahkan amat menarik dan mengasyikkan. Encik Saffri juga berasa bangga melalui pencapaian para pelajar! Hal ini pun tergambar dengan maklum balas yang diberikan oleh beliau pada akhir sesi.
Pada keseluruhannya, saya amat menikmati Para pelajar lebih menghargai drama kerana proses pembuatan sebuah drama memang tidak mudah.
DIARI
Saujana Pujangga 2022 61