Page 61 - Saujana Pujangga 2022
P. 61
yang akan dijadikan bakul itu dengan menggunakan teknik selang-seli atau zigzag. Langkah ini agak mencabar bagi saya kerana memerlukan saya untuk memastikan tali yang digunakan sentiasa tegang dan diselitkan ke bahagian celah cawan yang betul agar corak anyaman itu kemas. Dengan ketekunan dan kesabaran, kami berjaya menghasilkan anyaman yang kemas dan terperinci. Setelah selesai menganyam, bakul yang dihasilkan itu dihias dengan kain renda ataupun lace di bahagian atas dan bawah bakul tersebut. Akhirnya, bakul kami berjaya dihasilkan! Bakul itu dijadikan sebagai hiasan dalam kelas kami!
Melalui bengkel anyaman bakul ini, kami memperoleh kesedaran baharu terhadap dunia seni Melayu. Saya sedar bahawa seni Melayu tidak sahaja terhad kepada seni tari, seni suara, seni silat dan seni lukis, tetapi juga merangkumi seni anyaman. Hal ini telah mendorong kami untuk mencari tahu tentang kesenian Melayu dengan lebih mendalam. Kami juga sedar tentang kreativiti orang Melayu pada zaman dahulu. Kami kagum dengan kebolehan mereka untuk menghasilkan sebuah ciptaan yang berguna dan bermanfaat seperti bakul dengan hanya menggunakan daun sahaja. Kami amat bersyukur dapat meraih ilmu menganyam bakul.
DIARI
Saujana Pujangga 2022 59