Page 60 - Saujana Pujangga 2022
P. 60

 DIARI
SENI MENGANYAM BAKUL
Syarifah Syaza Syafiah Binte Syed Ahmad
RI
Pada 11 Mac 2022, para pelajar MLEP telah menjalani bengkel menganyam bakul yang telah dikendalikan oleh Puan Norhayati di Institusi Raffles. Bengkel tersebut amat menarik kerana kami diperkenalkan kepada seni menganyam buat pertama kali. Melalui bengkel ini, Puan Norhayati menerangkan tentang proses dan cara persiapan serta cara menganyam bakul.
Puan Norhayati memulakan perkongsiannya dengan menerangkan proses penyediaan bakul tradisional. Bakul tradisional biasanya dianyam dengan menggunakan daun mengkuang yang tumbuh dari pokok mengkuang, sejenis tumbuhan dari keluarga Pandanaceae,
yang sama dengan keluarga pokok pandan. Daun mengkuang lazimnya dianyam dianyam untuk menghasilkan kraf tangan seperti tikar, beg tangan, beg duit, kotak, bakul, hiasan dinding dan lain-lain lagi. Daun mengkuang akan direndam dengan pewarna untuk diwarnakan dipotong sedikit hingga kelihatan kemas.
Kemudian, Puan Norhayati mula menunjukkan cara menganyam bakul. Setiap pelajar diberikan sebuah cawan kertas dan diarahkan untuk melukiskan tiga garisan menegak pada cawan itu lalu memotongnya mengikut garisan tersebut. Kemudian, dengan menggunakan dua utas tali, kami mula menganyam cawan
    58 Saujana Pujangga 2022


























































































   58   59   60   61   62