Page 58 - Saujana Pujangga 2022
P. 58

 DIARI
saya juga telah memberikan beberapa saranan sebarang yang perlu diambil demi menghidupkan kembali kesenian kuda kepang Singapura juga sebab pelestarian kesenian kuda kepang bermanfaat bagi Singapura.
Hasil perkongsian ini telah menarik minat peserta untuk mengetahui ‘rahsia’ melakukan pelbagai lagak ngeri seperti menari di atas serpihan kaca, memakan kaca dan juga menyebat para penari dengan cabuk. Tujuan utama bukanlah untuk merendahkan kuda kepang itu sendiri namun bertujuan agar para pelajar memahami bahawa para penari kuda kepang perlu melakukan persiapan agar pertunjukan dapat berjalan dengan aman untuk para penari dan juga penonton.
Saya berharap agar masyarakat awam dapat melihat kuda kepang sebagai sebuah kesenian milik masyarakat Melayu, sama halnya seperti tarian tradisional Melayu ataupun Dikir Barat. Pelestarian kuda kepang harus dilakukan bukan sekadar untuk melestarikan budaya Jawa di Singapura namun juga meluaskan definisibudayaMelayudiSingapura.Kitaharus sedar bahawa masyarakat Melayu di Singapura datang dari pelbagai suku yang berbeza-beza seperti Bugis, Batak, Boyan, Melayu Riau, Melayu Semenanjung dan juga Jawa. Kita tidak sepatutnya mengehadkan definisi Melayu Singapura kerana hal ini dapat mengikis pelbagai kesenian, adat dan budaya kita yang sedia ada.
 “Ilmu yang bernilai adalah ilmu yang kita kongsikan kepada orang lain”. Kata-kata Cikgu Artina inilah telah mendorong saya untuk membuat perkongsian tentang kuda kepang. Dengan bantuan Cikgu Artina dan Cikgu Iriyanna, saya berkesempatan untuk membuat perkongsian tersebut pada 13 Oktober 2022. Perkongsian ini telah dihadiri oleh para pelajar Bahasa Melayu H1 dan para Cendekia MLEP-NJC tahun pertama dan juga beberapa orang mantan Cendekia MLEP-NJC secara maya.
Dalam perkongsian ini, saya cuba untuk menerangkan kajian saya tentang sejarah kuda kepang, keunikan kuda kepang Singapura dan juga berkongsi sedikit sebanyak tentang kajian H3 saya. Saya juga telah mengetengahkan tentang manfaat kuda kepang Singapura. Salah satu hal menarik yang telah saya kongsi ialah tentang adanya unsur-unsur agama Islam yang dijunjung tinggi dalam kesenian kuda kepang. Perkara ini tentunya bertentangan dengan tanggapan stereotaip masyarakat tentang amalan-amalan dalam persembahan kuda kepang yang dianggap syirik.
 56 Saujana Pujangga 2022
 



























































































   56   57   58   59   60