Page 56 - Saujana Pujangga 2022
P. 56

 DIARI
Dengan kerjasama MCS NJC dengan MLEP-NJC yang diketuai Raditya Secondatama dalam persiapan bahan- bahan yang telah digunakan bagi kedua- dua pusingan 3T, kami telah berjaya untuk mengetengahkan topik-topik yang relevan seperti hal ehwal semasa, kesenian, peribahasa, lirik lagu dan bermacam-macam lagi. Seperti slogan MLEP-NJC, Pejuang Bahasa, Pencinta Sastera, Pembela Budaya, kami telah mereka bahan-bahan yang dapat mengukuhkan pengetahuan tentang budaya Melayu. Dengan usaha ini, selain daripada tujuan 3T untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan kedwibahasaan dan memberi pencerahan tentang bahasa dan budaya Melayu melalui lembaran-lembaran kerja dan skrip Dialog Spontan yang kami hasilkan, kami juga telah mendapat pendedahan yang lebih mendalam tentang isu-isu yang dibincangkan dalam
proses penghasilan bahan dan perkongsian para pembentang kami. Alhasil, perjalanan 3T 2022 merupakan sebuah pengayaan buat para peserta dan semua yang terlibat.
Sebagai wakil pihak penganjur, saya berharap agar peraduan 3T dapat memanfaatkan semua belia yang terlibat dari sudut pengayaan dalam bahasa dan budaya Melayu, selain mengasah kemahiran masing-masing dalam penterjemahan. Semoga mereka dan belia yang lain kelak akan lebih sedar dan arif akan kepentingan untuk melestarikan bahasa kita agar tidak malap ditelan zaman seperti apa yang telah berlaku kepada bahasa Sanskrit dan bahasa Latin. Saya berharap agar pihak NJC pada masa hadapan akan kekal menganjurkan peraduan 3T supaya 3T akan kekal menjadi salah satu platform dan wadah untuk belia mengukuhkan kemahiran kedwibahasaan serta rasa cinta terhadap bahasa dan budaya kita.
   54 Saujana Pujangga 2022






























































































   54   55   56   57   58