Page 55 - Saujana Pujangga 2022
P. 55
PENTERJEMAHAN DALAM ALAM MELAYU
Eliyah Batrisyiah Binte Rayni
NJC
Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang baik itu budi,
Keupayaan bertutur dalam dua bahasa dengan berkesan merupakan salah satu ciri warganegara dunia. Dasar dwibahasa memang menjadi asas pendidikan Singapura. Pemerintah mahu rakyatnya menguasai bahasa Ibunda masing-masing dan bahasa Inggeris dengan berkesan.
Namun pun begitu, siapakah yang perlu menggalas tanggungjawab untuk melestarikan bahasa Melayu? Selama tujuh tahun berturut- turut, NJC telah menganjurkan peraduan penterjemahan 3T (Terjemah, Tutur, Tepat) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seantero Singapura.
Peraduan 3T merupakan projek tahunan anjuran Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (MCS) NJC dengan sokongan dana daripada Jawatankuasa Penterjemahan Kebangsaan (NTC) di bawah naungan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI). 3T diadakan supaya generasi muda kita terdedah kepada peluang-peluang yang dapat meningkatkan kemahiran kedwibahasaan dan juga menyemai rasa cinta terhadap bahasa ibunda. Berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, 3T kali ini mengangkat sesebuah tema dalam usaha untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan para peserta dalam pelbagai aspek. Buat kali pertama, 3T 2022 bertemakan ‘Terjemahan dalam Dunia Melayu’ yang
mendedahkan para peserta kepada kesenian Melayu dan kerelevanan terjemahan dalam bidang tersebut telah dijalankan oleh para pembentang kami pada tahun ini. Kami begitu teruja kerana berpeluang untuk mengundang Dr. Muhd Noramin Mohd Faris, seorang pereka tari, pendidik seni dan pengkaji yang tersohor dalam bidang kesenian, sebagai tetamu kehormat 3T 2022 dan Encik Suryakenchana Omar, seorang pensyarah di Universiti James Cook sebagai juri undangan bagi peringkat akhir 3T tahun ini. Semasa Penyampaian Anugerah 3T 2022, Dr. Noramin dan Encik Suryakenchana turut berkongsi tentang budaya Melayu dan kerelevanan mengandungi bilingualisme dalam bidang ilmu masing-masing. Para peserta termasuk diri saya sebagai wakil pihak penganjur tidak dapat melupakan lelaman ARKITARI yang mengandungi banyak penterjemahan yang dilakukan dalam usaha beliau untuk menyebarkan seni tari Melayu kepada orang ramai. Ramai peserta termasuk para guru melahirkan kepuasan ekoran pendedahan yang lebih luas, khususnya, tentang budaya Melayu selain dalam dunia realiti.
Walaupun kumpulan kerja kami pada tahun ini merupakan yang paling kecil dalam sejarah peraduan 3T, kami bersyukur kerana peraduan 3T yang melibatkan 38 buah sekolah telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kegenjotan. Ini tidak dapat dilaksanakan tanpa bimbingan guru-guru kami, Cikgu Artina dan Cikgu Iryianna. Bagi 3T 2022, walaupun masih dijalankan secara maya, kami tetap mengekalkan format peraduan 3T seperti tahun-tahun lalu. Kami telah mewujudkan kembali. Tujuan kami adalah untuk memberikan semangat kepada semua pelajar yang terlibat untuk cuba sebaik mungkin dalam Peringkat Saringan, supaya mereka dapat melalui pengalaman yang bermakna.
DIARI
Saujana Pujangga 2022 53