Page 57 - Saujana Pujangga 2022
P. 57

 MATI SURINYA KUDA KEPANG SINGAPURA: SEBUAH KAJIAN DARI SUDUT PANDANG PENGGIAT SENI Raditya Secondatama
NJC
Kesenian kuda kepang bukanlah sebuah kesenian yang asing bagi saya. Ayah saya pernah memiliki sebuah kedai yang menjual barang-barang kelengkapan kuda kepang di Kampung Melayu, di mana Wisma Geylang Serai berdiri sekarang. Saya juga sering mengikuti persembahan kuda kepang dengan kumpulan Tedja Timor 1948 sejak kecil lagi. Sayang seribu kali sayang, kesenian yang indah dan kaya dengan nilai-nilai murni ini semakin menghilang di Singapura seiring dengan peredaran masa. Perkara inilah yang mengusik hati saya sehingga mencetuskan idea untuk menjalankan kajian mengenainya.
Pada awal tahun 2022, saya telah diberikan peluang untuk membuat kajian H3 HSSR-NUS bersama dengan beberapa orang pelajar MLEP dari pusat-pusat yang lain. Apabila diberitahu bahawa kami diberikan kebebasan untuk memilih topik kajian, tentulah “kuda kepang Singapura” merupakan hal pertama yang terlintas di minda saya. Saya memutuskan untuk membuat kajian yang bertajuk “Mati Surinya Kuda Kepang Singapura: Sebuah Kajian dari Sudut Pandang Penggiat Seni”. Saya sungguh bertuah kerana telah dibimbing oleh Dr. Azhar Ibrahim Alwee, seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu (NUS). Persoalan-persoalan yang diajukan beliau telah mendorong saya untuk menghasilkan sebuah kajian yang bukan hanya tepat dari segi fakta bahkan juga kritis dalam menyampaikan huraian.
Kajian ini telah saya hasilkan dalam jangka waktu sekitar empat bulan. Sepanjang kajian, saya telah menghadapi pelbagai kesukaran
DIARI
 dan cabaran yang menjejas proses penulisan saya. Pada hemat saya, segala penyelidikan yang telah dilakukan tentang kuda kepang Singapura selama ini kurang memiliki kepelbagaian sumber dari daripada golongan para penggiat seni kuda kepang. Akibatnya, fakta-fakta yang ditimbulkan oleh sumber-sumber ini amatlah terbatas dari segi sudut pandangan. Alhasil, penyelidikan- penyelidikan ini kurang menangkap gambaran sebenar tentang kuda kepang Singapura pada saat ini.
Saya juga menghadapi kesukaran sewaktu mendapatkan data perdana. Kebanyakan kumpulan kuda kepang sudah tidak aktif di lelaman media sosial mereka. Apabila saya menghubungi mereka, saya tidak mendapat sebarang jawapan daripada mereka. Jikalau terdapat penggiat seni kumpulan yang dapat saya hubungi, kebanyakan daripada mereka menolak untuk diwawancara. Sebab utama yang diberikan ialah mereka tidak mahu terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kuda kepang lagi. Perkara ini tentunya didorong oleh stigma masyarakat tentang para penggiat seni. Untungnya, masih terdapat individu-individu seperti Encik Iswandiarjo (Ketua kumpulan Kesenian Tedja Timur 1948) dan Encik Riswan (Ketua kumpulan Botjah Laron) yang sudi diwawancara.
Dengan bimbingan Dr. Azhar dan juga sokongan guru-guru MLEP-NJC, saya berhasil menyelesaikan kajian saya. Dalam kajian tersebut, saya telah menjelaskan sebab-sebab kuda kepang semakin menghilang daripada persada seni Singapura. Dalam kajian tersebut
Saujana Pujangga 2022 55
   
























































































   55   56   57   58   59