Page 59 - Saujana Pujangga 2022
P. 59

 KEELOKAN BUSANA MELAYU
Raiyan Syazani Bin Shahrin
RI
Bengkel Busana Melayu yang telah diadakan pada hari Jumaat, 4 Mac 2022 di Institusi Raffles, telah mendedahkan dan menyedarkan saya tentang keindahan budaya pakaian Melayu. Selain sejarah dan jenis-jenis pakaian yang telah dikongsi oleh Encik Khaizuran Ahmad, juga berkongsi tentang simbol dan makna yang tersirat dalam pakaian tradisional Melayu.
Pakaian Melayu melambangkan identiti seseorang, terutamanya pada zaman dahulu. Contohnya, yang dilukis pada kain songket berbeza-beza berdasarkan pada kedudukan seseorang itu dalam masyarakat. Hal ini dilakukan untuk membeza-bezakan antara orang awam dengan orang yang berpangkat. Maka mudah untuk dikenal pasti apabila bertutur atau berinteraksi dengan mereka.
Kami juga diperkenalkan pada tanjak yang diperbuat daripada kain songket. Tanjak sahaja mempunyai 21 variasi lipatan. Hal ini bukan sahaja membuktikan kreativiti orang Melayu dalam rekaan busana, malah ini juga
DIARI
membuktikan kearifan lokal orang Melayu. Kain songket yang asalnya empat segi lantas dilipat untuk menjadi tiga segi dan dilipat lagi untuk beberapa kali lagi supaya mempunyai pucuk yang bertindih. Pucuk tanjak yang diletak di atas telinga kanan mengisyaratkan bahawa seseorang itu berpangkat. Namun, jika pucuk tanjak itu diletak di atas telinga kiri, ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak berpangkat.
Selain digunakan untuk membuat baju dan tanjak, kain songket juga dipakai sebagai kain samping. Untuk kaum Adam, status seseorang boleh dikenal pasti melalui cara seseorang itu memakai kain sampingnya. Kain samping yang dipakai di atas lutut digunakan oleh orang bujang, manakala samping yang dipakai di bawah lutut menandakan bahawa seseorang itu sudah pun berpunya. Ini penting bagi kaum Hawa tatkala ingin berinteraksi bersama kaum Adam agar berhati-hati dan tidak terlalu mesra bersama seseorang lelaki yang sudah berpunya. Begitulah keelokan pakaian tradisional orang Melayu.
 Saujana Pujangga 2022 57

























































































   57   58   59   60   61