Page 62 - Saujana Pujangga 2022
P. 62
DIARI
BENGKEL MENULIS SKRIP DRAMA RADIO
Shirleen Anjeanette
RI
Pada awal tahun 2022, bengkel menulis skrip drama radio telah diadak sebagai salah satu program MLEP di Institusi Raffles. Encik M Saffri A Manaff, seorang penulis skrip drama, pelakon, pengarah dan pelawak ternama Singapura, diundang untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar tentang penulisan skrip drama radio. Beliau telah berkecimpung dalam bidang penulisan skrip sejak tahun 1970. Tentu beliau amat berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang penulisan ini. Beliau juga telah menerima Anugerah Persuratan untuk beberapa karyanya.
25 Mac merupakan sesi pertama bengkel ini diadakan. Encik Saffri menyerlahkan kepada pelajar pelbagai teknik membuat skrip dan beberapa unsur skrip. Beliau juga memperlihatkan beberapa contoh skrip drama radio untuk memberikan gambaran kepada pelajar tentang struktur dan bahasa yang digunakan dalam membuat skrip drama. Tambahan lagi, beliau juga memberikan pelajar buku karyanya yang bertajuk Penglipur Lara:
drama dalam dialog yang berisikan kompilasi drama-drama radio. Amat mengagumkan, bukan? Rasa kagum ini pun dirasakan oleh para pelajar yang beratur untuk mendapatkan tanda tangan Encik Saffri pada akhir sesi perkongsian.
Sesi kedua diadakan dua minggu kemudian. Encik Saffri berjaya menarik perhatian dan minat para pelajar dengan rakaman di belakang tabir salah satu persembahan drama radio yang telah diusahakan olehnya dan rakan-rakannya. Kami diajarkan cara-cara menciptakan unsur bunyi yang realistik bagi pendengar. Encik Saffri mengatakan bahawa semua unsur ini penting untuk menggambarkan situasi kepada pendengar kerana pendengar hanya mengandalkan deria pendengaran mereka untuk memahami cerita tersebut. Dengan segala ilmu yang telah dikongsi, kami cuba menampilkan sebuah persembahan dengan kumpulan masing-masing. Encik Saffri memberikan maklum balas serta beberapa tip untuk membaiki seni persembahan kami.
60 Saujana Pujangga 2022