Page 73 - Saujana Pujangga 2022
P. 73

 Sepanjang proses membuat persiapan untuk memuat naik hantaran-hantaran di Instagram, kami perlu membahagikan masa kami dengan baik. Pengalaman membuat kajian merupakan satu proses yang agak mencabar kerana maklumat yang diperlukan mungkin tidak tepat. Tambahan pula, terdapat beberapa lelaman web yang mengandungi maklumat yang kurang lengkap.
Kami juga dapat mengasah kemahiran penulisan, seni reka bentuk dan kepimpinan. Kami dapat menggunakan daya kreativiti kami dengan menghasilkan bahan dalam talian. Melalui aktiviti ini, sebagai pelajar MLEP-TMJC, kami benar-benar dapat memaparkan peranan kami sebagai ‘Pewaris Budaya, Peneraju Bangsa’.
Maklum balas yang diterima oleh pelajar- pelajar MLEP amat positif. Mereka sangat berterima kasih atas peluang yang diberikan.
Bagi Akif Budiman, seorang pelajar MLEP, dia berasa bahawa dia telah memperoleh banyak ilmu melalui projek ini.
“Projek ini merupakan salah satu program elektif yang terbaik bagi saya. Melalui projek ini, saya dapat meneroka dan mendekatkan diri kepada dunia Melayu yang masih lagi tidak saya temui. Projek ini menggalakkan saya untuk merenung tentang diri saya sebagai anak bangsa Melayu dan memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini yang tidak diadakan dalam kurikulum sekolah saya berpendapat bahawa usaha seperti ini perlu disebarluaskan kepada pelajar-pelajar agar budaya kita kekal hidup.” menurut Akif.
DIARI
    Saujana Pujangga 2022 71




























































































   71   72   73   74   75