Page 76 - Saujana Pujangga 2022
P. 76
DIARI
PROGRAM DWIMINGGU BAHASA
IBUNDA KAYA DENGAN AKTIVITI BUDAYA Elie Salsabilah
YIJC
Program Dwiminggu Bahasa Ibunda telah diadakan pada 30 Mac 2022 di maktab kami. Program ini telah dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar MLEP yang bermatlamat untuk mendedahkan budaya Melayu kepada pelajar-pelajar H1 dan H2 Melayu agar dapat memupuk muhibah antara para pelajar sambil meningkatkan rasa cinta dan penghargaan mereka terhadap makanan tradisional Melayu, seni reka Melayu dan juga cara penulisan orang Melayu lama. Pelajar- pelajar Bahasa Melayu H1 dan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 yang menyertai program ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan telah menjalani bengkel-bengkel membuat ondeh-ondeh, melukis batik dan penulisan jawi.
Dalam bengkel membuat ondeh- ondeh, objektifnya adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar mempelajari kuih Melayu dengan lebih mendalam agar pelajar- pelajar dapat mencintai dan menghargai makanan Melayu. Kumpulan kami telah memilih kuih ondeh-ondeh. Pada tahap perancangan dan persiapan, kami membuat kajian dan memilih untuk membuat ondeh-ondeh kerana ondeh-ondeh merupakan kuih yang terkenal dan cara membuatnya amat mudah bagi pelajar-pelajar untuk mengikutinya. Kami juga telah mempelajari cara membuat ondeh-ondeh supaya kami dapat mengajar dan menolong para peserta. Kami juga melalui pelbagai cabaran seperti menyiapkan bahan- bahan dan merancang cara atur aktiviti agar tidak menggunakan masa yang terlalu banyak. Sewaktu menjalankan aktiviti ini, kami dapat melihat pelajar-pelajar amat asyik dan seronok membuat ondeh-ondeh bersama rakan-rakan mereka. Melalui pengalaman ini, tidak dapat dinafikan bahawa kami masih perlu mengatasi pelbagai cabaran sewaktu menjalankan aktiviti ini seperti tenaga
kerja yang terhad. Bukan itu sahaja, pada akhir aktiviti, kami menyedari bahawa adunan yang diberikan kepada setiap kumpulan itu amat banyak dan ini mengambil masa yang lama untuk merebus semua ondeh-ondeh yang dihasilkan. Ini mengajar kami untuk bersikap sabar dan lebih terbuka dalam menghadapi situasi-situasi genting apabila acara tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Dalam bengkel melukis batik, objektifnya adalah untuk menekankan kepentingan menghargai budaya Melayu kepada para pelajar H1ML dan H2ML. Ini kerana generasi belia sekarang semakin melupakan budaya dan tradisi sendiri.
Melalui bengkel mencorak batik, para pelajar dapat mempelajari seni tradisional batik, memahami sejarah dan latar belakang batik. Dalam persiapan mencorak batik, kami telah bergabung tenaga untuk
74 Saujana Pujangga 2022