Page 53 - PRINT VERSION BAHAGIAN KESIHATAN AWAM JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR-Final
P. 53
KOLABORASI STRATEGIK GO-NGO-PRIVATE
CLINICS BAGI PROGRAM HARM REDUCTION
DI KALANGAAN PENGGUNA DADAH OPIOD
Program Rawatan Methadone yang juga dikenali sebagai MAT (Medication
Assisted Treatment) sebagai salah satu komponen Program Pengurangan Mudarat
semenjak Oktober 2005. Pelaksanaan program ini terbukti berjaya menurunkan jangkitan
HIV di Malaysia di masa sama mengurangkan penyalahgunaan dadah opiod serta
meningkatkan kualiti hidup merangkumi kesihatan mental, fizikal dan sosioekonomi
pesakit. Program ini juga ternyata menunjukkan keberkesanan dari segi penjimatan kos.
Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ini, kolaborasi strategik ini telah
dilaksanakan semenjak tahun 2020 di antara Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Badan
Bukan Kerajaan iaitu Persatuan Intan Life Zone Johor dan Klinik swasta yang
mengendalikan perkhidmatan Terapi Gantian Methadone di bawah Polisi Dan Prosedur
Operasi Piawai Program Rawatan Methadone Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Peraturan Racun (Bahan-bahan Psikotropik) 1989. Jalinan Kerjasama ini juga dikenali
sebagai GO-NGO-Private Clinics. Sehingga tahun 2022, sebanyak 13 Klinik Swasta
telah terlibat di dalam program ini.
Impak program ini menunjukkan peningkatan tahap kesedaran dan saringan HIV
dan Hepatitis C di kalangan kumpulan berisiko tinggi. Kes yang positif HIV dan
Hepatitis C telah diberi rawatan sewajarnya tanpa stigma dan diskriminasi. Melalui
platform program ini dapat merealisasikan sasaran Malaysia mengakhiri penyakit HIV
dan Hepatitis C menjelang tahun 2030 .
Kolaborasi ini bertujuan untuk memastikan kumpulan berisiko pengambil dadah opiod
melalui perkongsian jarum suntikan dikendalikan secara optima khususnya dari sudut
perawatan penyakit HIV dan Hepatitis C.
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM 48