Page 3 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 3

Bismillahirrahmanirrahim,

          Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

          Institut  Pendidikan  Guru  Kampus  Sarawak  ingin  merakamkan  jutaan  tahniah  dan  ucapan
          terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan
          e-Seminar  Penyelidikan  dan  Inovasi  Dalam  Pendidikan  2021  Peringkat  Kebangsaan  (e-
          SPeDIP2021) sama ada secara langsung atau tidak langsung.

          e-Seminar Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan 2021 adalah anjuran Koperasi Institut
          Pendidikan  Guru  Kampus  Sarawak  dengan  kerjasama  Jabatan  Perancangan,  Penyelidikan
          dan  Inovasi  (JPPI)  dan  Jawankuasa  Perwakilan  Pelajar  (JPP)  dengan  tema  “Kelestarian
          Penyelidikan Pendidikan Dan Inovasi Ke Arah Mendepani Revolusi Industri 4.0 Dalam
          Mendepani  Pandemik  Covid-19”.  Sesuai  dengan  tema,  adalah  diharapkan  agar  e-
          SPeDIP2021 akan menjadi satu platform perkongsian amalan kajian dan inovasi yang dapat
          memberi manfaat  kepada  Pendidikan  Negara.    e-SPeDIP2021  juga    sebagai  satu  platform
          untuk menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin berkembang maju selaras
          dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
          bagi  meningkatkan  keperibadian  intelektual  murid  selaras  dengan  Falsafah  Pendidikan
          Kebangsaan.

          Justeru,  e-SPeDIP2021  menyediakan  platform  perkongsian  untuk  menyebar  luas  amalan
          terbaik, penemuan dan inovasi di peringkat kebangsaan sekaligus  dapat memberi manfaat
          kepada Pendidikan Negara. Perkara ini bersesuaian dengan objektif yang dirancang iaitu;
             1.   Menyediakan  platform  perkongsian  untuk  menyebar  luas  amalan  terbaik,
                 penemuan dan inovasi di peringkat kebangsaan.
             2.   Berkongsi  pengetahuan,  pengalaman,  hasil  penyelidikan  dan  idea  inovasi
                 pendidikan menuju ke era IR4.0 pasca Covid19.
             3.   Membudayakan amalan penyelidikan dan inovasi di kalangan warga pendidik.
             4.   Mendedahkan  siswa  guru,  warga  pendidik  dan  pelajar  sekolah  untuk
                 mempamerkan hasil projek inovasi pendidikan selaras dengan hasrat dan aspirasi
                 dasar pendidikan negara.

          Semoga  e-Seminar  ini  akan  memberi  manfaat  berterusan  kepada  semua  pihak  yang
          berkaitan.

          Sekian, terima kasih.





                             HAJI MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA
                                        Pengarah
                                 IPG Kampus Sarawak, Miri

                                                                            ii
   1   2   3   4   5   6   7   8