Page 2 - E-Brosure Minggu Teknik Vokasional
P. 2

PENDAHULUAN


      Bidang Teknik dan Vokasional memainkan peranan
      penting  bagi melahirkan  modal insan  dalam
      pembangunan  ekonomi  negara.  Maka Pendidikan
      Teknik dan Vokasional  menjadi  pemangkin  untuk
      merealisasikan aspirasi tersebut.

           Sehubungan itu, Bidang Teknik dan Vokasional
      SMK  Meru telah menganjurkan  satu  minggu ko-
      akademik, iaitu Minggu Teknik dan Vokasional untuk
      memberi  peluang  kepada  para murid  mencungkil
      bakat,  daya kreativiti dan  inovatif, disamping
      mengaplikasikan  pengetahuan dan kemahiran  di
      dalam bilik darjah kepada kehidupan sebenar.




                LATAR BELAKANG



       1     Minggu  Teknik dan Vokasional  merupakan
           salah satu aktiviti koakademik yang dirancang
           dalam bidang  teknik dan vokasional  setiap
           tahun.
       2     Melalui  program  ini  pelajar  akan  didedahkan
           dengan aktiviti koakademik bidang teknik dan
           vokasional khususnya yang berkaitan dengan
           mata pelajaran  Reka Bentuk dan  Teknologi
           dan Asas Sains Komputer.

       3     Antara aktiviti yang akan diser tai oleh pelajar
           ialah Pertandingan Jom DIY, Pertandingan JOM
           LAKAR, Pameran dan Jualan, Pertandingan
           JOM    REKA    Gajet,  Pertandingan  JOM
           REKA Fesyen, Pertandingan  PACKAGING
           CHALLENGE,  Pertandingan  JOM  HIAS,
           dan Pertandingan JOM  BINA  ‘MAZE’  with
           SCRATCH.
   1   2   3   4   5   6