Page 6 - 240119 QUICKNEWS VOL 6 FA
P. 6

TAMPIL VARIASI DALAM
                                   KARYA LOGAM


                                   KONTEMPORARI

                                   Oleh: Mel



















                               Set Awan Larat
                                                            The Star of Spice

        S       hah Alam - Pada setiap semester, pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana



                Muda (Kepujian) Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA akan
                mengadakan pameran yang menampilkan karya dan produk kreatif hasil daripada
                kajian projek tahun akhir mereka.

        Semester ini, GESTURZ mengalu-alukan kerjasama dengan program Seni Reka Logam
        Kontemporari, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD), Universiti Teknologi MARA Shah Alam
        bagi penganjuran pameran yang dikenali sebagai Ingenuity.

        Ingenuity mempamerkan karya dan produk logam kontemporari dari 12 orang siswa-
        siswi tahun akhir yang menampilkan kreativiti segar dan moden.

        Sedikit rangkuman dari Ingenuity, karya dari Wan Nur Azren Syarina umpamanya
        mengetengahkan set barang kemas yang diilhamkan dari burung merak. Dengan
        penuh ketelitian Azren menzahirkan rekaan beliau yang diberi nama “The Dance of
        Peacock”.

        Dalam pada itu, Azarul Izham Noor Azmi cuba memberi kelainan dengan rekaan
        produk lampu yang berkonsepkan arca. “The Hex-Core” mendapat inspirasi dari
        sarang lebah dengan sentuhan kontemporari. Azarul bijak menggabungkan elemen
        logam dan kayu dalam rekaannya lantas membangkitkan elemen klasik yang             The Hex-Core
        memberi nilai tambah dalam rekaan beliau.
        Dalam penghasilan karya oleh pereka–pereka muda ini, Nor Hazirah Sani pula
        memilih warisan sebagai tema rekaan beliau. Set Awan Larat yang diperkenalkan


        6 | gesturz quicknews edisi 6 (Jul - Dis 2018)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11