Page 13 - 240119 QUICKNEWS VOL 6 FA edited
P. 13
UALA LUMPUR - Baru – baru ini
telah berlangsungnya peragaan
fesyen oleh pelajar tahun akhir
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
KSeni Reka Fesyen, Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Peragaan
tersebut telah diadakan di Panggung Sari,
Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay,
Kuala Lumpur pada 14 Julai 2018.
Seramai 36 orang pereka muda fesyen
mengetengahkan rekaan fesyen mereka di mana setiap
seorang daripada mereka menghasilkan 4 rekaan.
Sepanjang tahun akhir pengajian mereka, para pelajar
ini telah menjalankan kajian bagi menghasilkan rekaan di
samping menonjolkan elemen–elemen inovasi dan teknologi
dalam rekaan masing–masing seperti cetakan digital ke atas
fabrik yang direka corak sendiri.
Antara tema yang ditampilkan semasa peragaan adalah
seperti rekaan oleh Dayang Intan Farahanies yang membawa mesej Tokyo Street Style, sementara Fatin
Syarmine pula mempopularkan semula Pac-Man dengan olahan dan gaya yang tersendiri.
Menjadi perhatian adalah rekaan oleh Muhammad Amirul Naim Hasbullah yang mengambil inspirasi dari
Japanese Kabuki Opera. Rekaan Naim telah menambat hati juri yang seterusnya menobatkan beliau sebagai
penerima anugerah utama. Kejayaan beliau turut disusuli dengan rekaan oleh Lily Syahirah Rosidi Fahlid yang
mendapat tempat kedua bagi rekaan bertajuk Dallol Ethiopia sementara Mohamad Faiz Ripin mendapat
tempat ketiga bagi rekaannya yang mendapat ilham dari Harley Davidson yang merupakan simbol popular
dunia permotoran.
Dalam pada itu, terdapat juga rekaan–rekaan yang mendapat ilham dari subjek dan objek warisan seperti Mask
fesyennya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang terlibat serta tidak lupa juga kepada para pensyarah
yang telah berjaya mendidik bakal graduan bagi merancakkan lagi industri kreatif tempatan khususnya fesyen.
Seperti lazimnya, peragaan fesyen UiTM sememangnya mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada
tetamu yang hadir. Ia telah menunjukkan sokongan positif mereka terhadap generasi pelapis muda pereka fesyen dari UiTM. ~gesturz.
gesturz quicknews edisi 6 (Jul - Dis 2018) | 13