Page 31 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 31
Catan Mural Ceriakan
Tabika Kemas Tabika
Kemas Seksyen 2,
Shah Alam
SHAH ALAM – Pada 23 April yang lalu telah berlangsungnya Selangor bagi menceriakan Tabika KEMAS Seksyen 2, Shah
program khidmat masyarakat yang diadakan hasil kerjasama Alam.
antara Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, (AD) UiTM dan KEMAS
Seramai 26 orang siswa serta 2 pensyarah terlibat bagi
menjayakan projek ini yang bermula dari 08:00 pagi hingga
04:00 petang. Siswa yang terlibat telah menyumbangkan
kepakaran dan kreativiti mereka dalam menghasilkan catan
mural bagi menambahbaik imej lanskap dan persekitaran
Tabika KEMAS Seksyen 2 supaya lebih ceria dan segar, sesuai
dengan fungsinya sebagai pusat pendidikan awal kanak-kanak
berumur 4-6 tahun yang antara lain menyediakan program
nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta program
persediaan ke alam persekolahan bagi kanak – kanak tersebut.
Menurut Tuan Syed Mohd Faizal Syed Ahmad, Penyelaras
Khidmat Masyarakat di Fakulti AD, “Kemunculan catan mural
ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada tabika tersebut
malah merangsang kreativiti dan memupuk apresiasi seni
di peringkat awal.” Semoga aktiviti catan mural ini dapat
mengeratkan silaturahim di antara warga AD UiTM dengan
masyarakat setempat.-katanya lagi.
Hadir bersama sepanjang aktiviti ini adalah Tuan Mohd
Adnan Md Daud, Pengarah
KEMAS Negeri
Selangor, Prof. Madya
Alias Yussof, Timbalan
Dekan HEP, Fakulti AD.
Acara melukis mural tersebut
telah dirasmikan oleh
YBhg Dato’
Mu’adzam
Shah
Ya’kob
Ketua
Pemuda UMNO
Cawangan
Shah Alam. –
gesturz.
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 31