Page 39 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 39

Print on Demand



        Tarik Minat dan



        Perhatian Peserta



        BICAREKA








        PUNCAK ALAM – Jabatan Teknologi Percetakan telah mengadakan program BICAREKA, pada 18 Mei 2016  bertempat di
        GESTURZ 2, Entrance Court Gallery, Kompleks Alam Bina Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD),Universiti Teknologi MARA
        Kampus Puncak Alam ,Selangor Darul Ehsan. Program ini bertujuan mendekatkan pelajar dengan industri dan teknologi baru
        dunia percetakan digital serta peluang yang ada dalam industri tersebut.

        Print on Demand (POD) dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Jabatan Teknologi Percetakan, sesi seminar tersebut memberi
        pendedahan mengenai organisasi percetakan seperti aspek pengurusan, perkhidmatan, inovasi, dan teknologi yang terkini dalam
        cetakan digital FujiXerox.  Ia kemudiannya disusuli dengan sesi soal jawab di antara peserta seminar dan penceramah Encik
        Andrew Fam dan Encik Lee Hon Wai dari FujiXerox Malaysia.

        POD mendapat perhatian penuh dari para pelajar yang hadir kerana taklimat disampaikan dengan penuh bersemangat oleh Encik
        Andrew Sam yang bijak berinteraksi dengan peserta yang hadir.Secara keseluruhannya POD mendapat sambutan yang baik dari
        semua yang hadir. – gesturz.



























                                                                               gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44