Page 14 - QUICKNEWS VOL.2-SECURED latest back cover
P. 14

CMD TINJAU POTENSI DI






                                                            PENANG




                                                            SIGNATURE


                                                            GOLD FAIR




























        PULAU PINANG
        – Jabatan Seni Reka Logam
        Kontemporari (CMD), Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
        (AD) telah menghadiri Penang Signature Gold Fair yang
        berlangsung sehingga 12 Ogos 2016 di Straits Quay
        Convention Centre, Pulau Pinang.

        Lawatan kerja ini bertujuan bagi mengenali, meninjau
        potensi serta melihat teknologi terbaharu bagi industri
        barang kemas emas daripada pengusaha dan pengilang
        dari Malaysia, Turki, Vietnam, Itali serta negara lain.

        Antara teknologi yang diperkenalkan di Penang Signature
        Gold Fair pada kali ini adalah seperti mesin Cube Chain,   Selain
        Stone Setting, Resin 3D printer, Laser Marker, Spot Laser   pameran, acara
        Welding dan sebagainya.                               ini turut diberi pengisian
                                                              dengan aktiviti bagi pelabur,
        Di dalam industri barang kemas emas, Malaysia tersenarai   pedagang, serta orang awam.
        di tangga ke-8 dunia pada tahun 2013. Secara amnya nilai   Sementara seminar mengenai prinsip-prinsip
        eksport produk tersebut telah mencatatkan pertumbuhan   Syariah dalam perniagaan emas turut diadakan dan
        pada kadar RM6.83 hingga RM7.73 bilion berdasarkan    disampaikan oleh wakil dari Bank Rakyat serta Kolej Restu.
        laporan tahunan yang diterbitkan oleh MATRADE pada
        tahun 2013 dan 2014.                                  Penang Signature Gold Fair dianjurkan oleh Elite Expo Sdn
                                                                 Bhd   dengan kerjasama P.W Gold & Silver Ornament
                                                                 Merchants Association serta mendapat sokongan
                                                                 dari Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia, Tourism
                                                                 Malaysia, dan Dubai Gold & Jewellery Group.

                                                                 Pada 13 Ogos 2016 pula, Jabatan CMD yang diwakili
                                                                 oleh Prof. Madya Alias Yussof, Dr. Hanif Khairi, En.
                                                                 Mohd Fairus Yusoff dan En. Abdul Hakkam Hafiz





        14
        14 | gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016) | gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016)
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19